Skip to main content

Kewangan

GIC, pelabur lain beli taruhan 100% dalam syarikat menara telekom di India

Pengurus dana pelaburan negara Singapura, GIC dan beberapa pelabur lain, membeli taruhan 100 peratus dalam sebuah syarikat menara telekom di India.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Sep 2020 05:06PM Dikemas Kini : 01 Sep 2020 09:02PM

SINGAPURA: Pengurus dana pelaburan negara Singapura, GIC dan beberapa pelabur lain, membeli taruhan 100 peratus dalam sebuah syarikat menara telekom di India.

GIC memperolehinya dari Reliance Industrial Investments and Holdings.

Pelaburan bernilai S$4.6 bilion itu meliputi kira-kira 135,000 menara perhubungan di merata India.

Masih ada rancangan untuk membina lebih banyak menara sehingga berjumlah sekitar 175,000 kesemuanya.

Menurut GIC, portfolio pelaburan itu menawarkan nilai pendapatan berterusan pada jangka panjang.

Ini memandangkan permintaan data di India dijangka terus bertambah dan kadar penerobosan khidmat rangkaian 4G serta telefon bijak di negara itu masih rendah.

Sumber : CNA/ZK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita