Skip to main content

Kewangan

Gaji tahunan CEO SIA naik sekitar 20% kepada S$8.1 juta susuli keuntungan pecah rekod

Anggaran Waktu Membaca:
Gaji tahunan CEO SIA naik sekitar 20% kepada S$8.1 juta susuli keuntungan pecah rekod

Encik Goh Choon Phong, CEO syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA). (Gambar: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 01 Jul 2024 09:38PM Dikemas Kini : 01 Jul 2024 09:40PM
SINGAPURA: Menyusuli keuntungan tahunan pecah rekod bagi syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA), gaji CEO syarikat tersebut turut melonjak.

Gaji tahunan Encik Goh Choon Phong bagi tahun kewangan 2023/24 berjumlah S$8.1 juta - lonjakan 20.5 peratus dari S$6.73 juta pada tahun sebelumnya - menurut laporan tahunan SIA yang didedahkan pada Isnin (1 Jul).

Pendapatan tahunannya itu merangkumi gaji asas sebanyak S$1.44 juta, bonus sebanyak S$2.18 juta, serta saham dan faedah berjumlah kira-kira S$4.48 juta.

Pada Mei lalu, SIA melaporkan untung bersih tahunan sebanyak S$2.68 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir Mac tahun ini, berbanding S$2.26 bilion yang dicatat tahun lalu.

Ini lebih tinggi berbanding rekod bonus 6.65 bulan gaji yang diberikan tahun lalu.

Saham SIA ditutup pada S$6.88 pada Isnin.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita