Gaji AS$1 trilion Elon Musk mungkin diluluskan di bawah undang-undang baharu Texas
Elon Musk, ketua pegawai eksekutif SpaceX dan Tesla menghadiri sidang Teknologi Viva bagi inovasi dan pemula di Perancis pada 16 Jun 2023. (Gambar fail: Reuters)
- Pakej gaji bernilai AS$1 trilion (S$1.28 trilion) Elon Musk daripada Tesla membuktikan segala-galanya lebih hebat di Texas, terutamanya di bawah undang-undang yang menyokong pengurusan baharunya.
- Pada tahun lalu, Tesla diperbadankan semula di wilayah itu selepas seorang hakim dari wilayah pejabat korporatnya sebelum ini, Delaware, memutuskan pampasan AS$56 bilion (S$71.85 bilion) bagi CEO itu "tidak masuk akal" dan tidak adil kepada para pemegang saham.
- Bebas daripada ikatan undang-undang korporat Delaware yang digunakan secara meluas, Tesla melakarkan perjanjian gaji baharu bagi Encik Musk, yang sudah pun merupakan orang terkaya di dunia.
- Walaupun gajinya dinaikkan hampir 20 kali ganda, besar kemungkinan, pakej itu akan diluluskan dan ia berisiko rendah ditolak di mahkamah, dengan adanya kelonggaran undang-undang korporat di Texas.
WILMINGTON: Pakej gaji bernilai AS$1 trilion (S$1.28 trilion) Elon Musk daripada Tesla membuktikan segala-galanya lebih hebat di Texas, terutamanya di bawah undang-undang yang menyokong pengurusan baharunya.
Pada tahun lalu, Tesla diperbadankan semula di wilayah itu selepas seorang hakim dari wilayah pejabat korporatnya sebelum ini, Delaware, memutuskan pampasan AS$56 bilion (S$71.85 bilion) bagi CEO itu "tidak masuk akal" dan tidak adil kepada para pemegang saham.
Encik Musk menggesa syarikat-syarikat supaya mengabaikan Delaware sementara perlembagaan syarikatnya mengusahakan pakej gaji yang baharu.
Bebas daripada ikatan undang-undang korporat Delaware yang digunakan secara meluas, Tesla melakarkan perjanjian gaji baharu bagi Encik Musk, yang sudah pun merupakan orang terkaya di dunia.
Walaupun gajinya dinaikkan hampir 20 kali ganda, besar kemungkinan, pakej itu akan diluluskan dan ia berisiko rendah ditolak di mahkamah, dengan adanya kelonggaran undang-undang korporat di Texas.
Di samping itu, ia juga lebih sukar bagi para pemegang saham untuk mencabar kedudukan bebas dua ahli lembaga pengarah yang membangunkan pakej gaji tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.