Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

G20 sokong perbaharui aturan cukai korporat sejagat

Menteri-menteri kewangan bagi ekonomi-ekonomi terbesar dan yang paling pesat berkembang di dunia sudah menyuarakan sokongan terhadap perjanjian untuk memperbaharui aturan cukai korporat sejagat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Jul 2021 05:34PM Dikemas Kini : 11 Jul 2021 09:28PM

VENICE: Menteri-menteri kewangan bagi ekonomi-ekonomi terbesar dan yang paling pesat berkembang di dunia sudah menyuarakan sokongan terhadap perjanjian untuk memperbaharui aturan cukai korporat sejagat.

Kata sepakat itu disifatkan sebagai peristiwa bersejarah dan dicapai pada Sabtu (10 Jul) selepas rundingan bertahun-tahun lamanya.

Ia bertujuan menyusun semula kaedah mencukai syarikat-syarikat berbilang negara (MNC).

Perjanjian itu menyarankan cukai korporat sejagat sekurang-kurangnya 15 peratus dan juga untuk MNC dikenakan cukai antarabangsa.

Sebanyak 132 negara sudah menyatakan sokongan terhadap rangka kerja tersebut.

Perjanjian berkenaan bermatlamat untuk mengatasi masalah cukai syarikat yang terlalu rendah semata-mata untuk menarik pelaburan.

Ini menyebabkan sesetengah syarikat MNC membayar kadar cukai yang tidak munasabah.

Mengulas tentang penyusunan cukai sejagat itu, Menteri Kewangan Lawrence Wong berkata Singapura menyokong perjanjian bersejarah itu.

Menurut Encik Wong, sistem-sistem cukai seharusnya menggalakkan inovasi, pertumbuhan dan pekerjaan selain menambah hasil pendapatan.

Semasa mesyuarat G20, Encik Wong juga menarik perhatian tentang peri pentingnya melaksanakan perjanjian itu secara konsisten dan tepat pada masanya.

Ini bagi memastikan ekonomi-ekonomi yang besar mahupun yang kecil dapat bersaing secara adil.

BACA: Menteri Kewangan Lawrence Wong akan hadiri mesyuarat G20 di Venice
Perjanjian itu dijangka dimuktamadkan menjelang sidang puncak G20 di Rome pada Oktober depan.

Susunan cukai baru itu diharapkan dapat dikuatkuasakan menjelang 2023.

Sumber : CNA/ZM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan