FTA UK-S'pura berkuat kuasa 1 Jan 2021
Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Singapura dengan United Kingdom (UK) akan berkuat kuasa buat sementara mulai esok (1 Jan).

(Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Singapura dengan United Kingdom (UK) akan berkuat kuasa buat sementara mulai esok (1 Jan) sekali gus memberikan "kepastian dan kejelasan dalam pengaturan perdagangan" antara kedua-dua negara, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) hari ini.
Ini bermakna Perjanjian Perdagangan Bebas Kesatuan Eropah-Singapura akan dihentikan bagi memberi laluan kepada perdagangan UK-Singapura.
FTA antara Singapura dengan UK dimeterai pada 10 Disember oleh Menteri MTI Chan Chun Sing dan Setiausaha Negara bagi Perdagangan Antarabangsa UK Elizabeth Truss.
Perjanjian itu akan berkuat kuasa pada 7.00 pagi waktu Singapura pada 1 Januari melalui pelaksanaan sementara yang membolehkan kedua-dua negara untuk melaksanakan komitmen perjanjian secara sementara, sambil kedua-dua negara menamatkan prosedur domestik dan formaliti perjanjian antarabangsa yang relevan.
Itulah ketika tempoh peralihan Brexit berakhir bagi UK.
Menyusuli pemeteraian perjanjian itu, UK dan Singapura menamatkan prosedur domestik masing-masing bagi pelaksanaan secara sementara perjanjian tersebut, tambah MTI dalam kenyataan medianya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.