Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Forever 21, fail perlindungan muflis

Syarikat peruncit fesyen Amerika, Forever 21, telah memfailkan perlindungan muflis bab 11 demi menyusun semula perniagaannya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Forever 21, fail perlindungan muflis

(Gambar: DREW ANGERER/GETTY IMAGES NORTH AMERICA/AFP)

Diterbitkan : 30 Sep 2019 07:50PM Dikemas Kini : 30 Sep 2019 07:55PM

LOS ANGELES: Syarikat peruncit fesyen Amerika, Forever 21, telah memfailkan perlindungan muflis bab 11 demi menyusun semula perniagaannya.

Jenama fesyen itu sudah menerima pembiayaan sebanyak AS$275 juta daripada peminjam sedia adanya, dengan JP Morgan Chase sebagai ejennya.

Syarikat itu juga menerima modal baru sebanyak AS$75 juta daripada TPG Sixth Street Partners dan dana-dana gabungannya.

Forever 21 merupakan syarikat tradisional terbaru yang tidak dapat menyaingi para peruncit online.

Forever 21 mempunyai lebih 800 cawangan di merata dunia dan ia merancang untuk keluar dari pasaran-pasaran antarabangsa seperti di Asia dan Eropah. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan