Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Forest City diisytihar Pulau Bebas Cukai, rangsang aktiviti pelancongan dan ekonomi Johor

Anggaran Waktu Membaca:
Forest City diisytihar Pulau Bebas Cukai, rangsang aktiviti pelancongan dan ekonomi Johor

Kondominium di Forest City, satu projek pembangunan yang dilancarkan di Gelang Patah, Johor. (Gambar: AFP/Mohd Rasfan)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia meluluskan Forest City di Johor sebagai Pulau Bebas Cukai, bagi menyokong aktiviti pelancongan dan ekonomi setempat, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata pakej galakan cukai bagi Zon Kewangan Khas Forest City turut diumumkan bagi merancakkan aktiviti perkhidmatan kewangan seperti perkhidmatan perniagaan global kewangan dan teknologi kewangan (fintech).

Selain itu, Encik Anwar yang juga Menteri Kewangan Malaysia berkata, Skim Pejabat Keluarga Tunggal juga dilancarkan untuk Zon Kewangan Khas Forest City.

"Bagi menjayakan pengoperasian Pejabat Keluarga, Suruhanjaya Sekuriti akan berperanan sebagai pihak berkuasa melulus untuk pemberian pas residen serta pas penggajian kepada masing-masing pelabur keluarga pengasas dan professional pelaburan pejabat keluarga berkaitan," kata beliau ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat (18 Okt).

Pejabat keluarga pada asasnya ialah syarikat milik persendirian yang mengendalikan pengurusan pelaburan dan pengurusan kekayaan.

Dalam pada itu, Encik Anwar berkata Memorandum Persefahaman (MoU) Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai pada Januari 2024, juga menandakan pencapaian besar kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Singapura.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan