FMAS harap 80% pedagang dakap pendigitalan jelang Jun 2021
Persekutuan Persatuan Pedagang Singapura (FMAS) menggesa 33,000 anggotanya - yang merupakan para penjaja dan peruncit - untuk menjalani pendigitalan sebagai sebahagian daripada usaha menarik lebih ramai pembeli muda.
SINGAPURA: Persekutuan Persatuan Pedagang Singapura (FMAS) menggesa 33,000 anggotanya - yang merupakan para penjaja dan peruncit - untuk menjalani pendigitalan sebagai sebahagian daripada usaha menarik lebih ramai pembeli muda.
Harapannya adalah untuk mendapatkan 50 peratus para anggota FMAS mendakapi e-dagang dan 80 peratus daripada mereka menggunakan bayaran secara digital menjelang Jun 2021.
Dalam satu sesi dialog bersama Presiden Halimah Yacob siang tadi (23 Okt),
wakil-wakil FMAS juga berkongsi keprihatinan mereka seperti pelan mencari pelapis bagi meneruskan perniagaan mereka dan pentingnya untuk melindungi budaya estet kejiranan.
Akur akan cabaran-cabaran tersebut, Presiden Halimah berkata para peniaga di estet-estet kejiranan memainkan peranan penting dalam masyarakat Singapura.
"Bagi Singapura juga, mereka merupakan satu segmen yang amat penting kerana jika kita tidak mempunyai penjual-penjual tersebut saya rasa sistem sekitaran kita amat berbeza kerana mereka memberikan khidmat dan produk yang bukan saja dimampui, tidak begitu mahal tetapi juga amat senang didapati," ujar Puan Halimah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.