Skip to main content

Kewangan

Flat jualan semula bernilai S$1 juta hanya 0.3% urus niaga keseluruhan Jan-Ogos

 Flat-flat jualan semula yang bertukar tangan pada harga sekurang-kuranganya S$1 juta, hanya merangkumi 0.3 peratus daripada urus niaga keseluruhan antara Januari hingga Ogos lalu.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Oct 2020 05:13PM Dikemas Kini : 14 Oct 2020 08:55PM

SINGAPURA: Flat-flat jualan semula yang bertukar tangan pada harga sekurang-kuranganya S$1 juta, hanya merangkumi 0.3 peratus daripada urus niaga keseluruhan antara Januari hingga Ogos lalu.

Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee berkata demikian di parlimen siang tadi, ketika mengulas keprihatinan tentang kenaikan harga flat jualan semula bulan lalu.

Menurut Encik Lee, berita-berita yang melaporkan flat-flat HDB yang dijual pada harga tinggi mungkin memberikan gambaran secara keseluruhannya, terdapat permintaan yang tinggi dan harga meningkat dengan besar.

Tetapi beliau sebaliknya mengatakan itulah hanya 0.3 peratus jumlah flat jualan semula yang bertukar tangan setiap tahun.

HDB kata Encik Lee, terus memantau dengan teliti kadar kemampuan membeli flat BTO dan flat jualan semula.

Malahan tahun lalu, 14,600 flat BTO dibina dengan tahun ini HDB menyasarkan 16,700 flat.

Jadi setiap tahun kata Encik Lee, HDB sesuaikan jumlahnya berdasarkan permintaan.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita