Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Firefly sasar lebih banyak penerbangan S'pura-M'sia

Firefly menyasarkan untuk menghubungkan Singapura dengan lebih banyak destinasi di Malaysia sedang syarikat penerbangan turboprop itu meluaskan penerbangannya dari Lapangan Terbang Seletar.

Anggaran Waktu Membaca:
Firefly sasar lebih banyak penerbangan S'pura-M'sia

Gambar fail pesawat Firefly (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 23 May 2019 11:37PM Dikemas Kini : 23 May 2019 11:38PM

SINGAPURA: Firefly menyasarkan untuk menghubungkan Singapura dengan lebih banyak destinasi di Malaysia sedang syarikat penerbangan turboprop itu meluaskan penerbangannya dari Lapangan Terbang Seletar.

Syarikat penerbangan tambang murah Malaysia itu kini hanya membuat khidmat penerbangan laluan Singapura-Subang sebanyak enam kali sehari.

Bercakap di taklimat media pada Khamis (23 Mei), Ketua Eksekutif Firefly Philip See berkata "skop segera untuk peluasan" adalah bagi bandar-bandar luar ibu kota dan menukil Ipoh serta Kuatan sebagai contoh.

Sebelum ini, Firefly beroperasi ke kedua-dua negeri tersebut. Bagaimanapun, ia harus menggantungkan penerbangannya ke Singapura pada Disember lalu setelah gagal mendapatkan kelulusan daripada pengawal selia penerbangan Malaysia untuk memindahkan operasinya dari Lapangan Terbang Changi ke Lapangan Terbang Seletar.

Sebelum penggantungan itu, Firefly menawarkan 20 penerbangan setiap hari antara Singapura dengan bandar-bandar Malaysia seperti Subang, Ipoh dan Kuantan.

Encik See menjelaskan jumlah penerbangan mungkin ditambah pada sebelah pagi disebabkan demografi para penumpang yang sebahagian besarnya tertumpu kepada membuat perjalanan semasa waktu senggang.

Beliau menambah Firefly menganggap Lapangan Terbang Seletar sebagai laluan baru sama sekali mekipun sebelum ini pernah beroperasi dari Lapangan Terbang Changi. Oleh itu, tumpuan utamanya adalah untuk membina kesedaran tentang Seletar.

Anak syarikat Malaysian Airlines (MAS) itu juga terbuka untuk melancarkan lebih banyak penerbangan dari Seletar. Namun Encik Lee berkata ia harus melihat kestabilan dalam jumlah penumpang buat "sekurang-kurangnya tiga bulan pertama". 

Sumber : CNA/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa