Skip to main content

Kewangan

FedEx yakin mampu tampung penghantaran vaksin COVID-19 melalui udara

Syarikat logistik FedEx Corp dan United Parcel Service Inc (UPS) mempunyai kemampuan kargo udara mencukupi untuk mengendalikan penghantaran vaksin COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
FedEx yakin mampu tampung penghantaran vaksin COVID-19 melalui udara

Gambar fail sebuah pesawat kargo FedEx. (Gambar: REUTERS/Mike Blake)

Diterbitkan : 09 Dec 2020 09:20AM Dikemas Kini : 09 Dec 2020 09:21AM

LOS ANGELES: Syarikat logistik FedEx Corp dan United Parcel Service Inc (UPS) mempunyai kemampuan kargo udara mencukupi untuk mengendalikan penghantaran vaksin COVID-19, kata Presiden FedEx Amerika Richard Smith pada Selasa (8 Dis).

FedEx dan UPS adalah rakan penting kepada projek vaksin Operation Warp Speed pemerintah Amerika Syarikat dan akan memindahkan jutaan dos bagi Pfizer Inc dan syarikat farmaseutikal yang lain.

Para pakar meramalkan skala besar projek COVID-19 itu akan menguji kemampuan rantaian pengiriman negara itu.

"Terdapat keupayaan dalam rangkaian kami untuk mengendalikannya dan ingat bahawa tidak semua akan ditangani kami pada Selasa nanti," kata Encik Smith semasa sidang puncak vaksin Operation Warp Speed di Rumah Putih.

"Ia akan mengambil masa, kami akan dapat menanganinya. Bertenang," tambah beliau yang juga merujuk kepada UPS.

Syarikat perundingan, Seabury Consulting, meramalkan pelancaran vaksin global itu akan menjana 65,000 tan kargo udara iaitu lima kali ganda perdagangan vaksin melalui udara pada 2019. 

Sumber : Reuters/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita