Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Facebook rancang tukar nama syarikat minggu depan

Gergasi media sosial Facebook Inc merancang untuk menukar nama syarikatnya minggu depan, lapor Sputnik, sambil memetik laporan blog teknologi Amerika Syarikat, The Verge, yang menukil sumber terdekatnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Facebook rancang tukar nama syarikat minggu depan

Logo Facebook (Gambar fail: REUTERS/Stephen Lam)

Diterbitkan : 20 Oct 2021 01:08PM Dikemas Kini : 20 Oct 2021 01:09PM

WASHINGTON: Gergasi media sosial Facebook Inc merancang untuk menukar nama syarikatnya minggu depan, lapor Sputnik, sambil memetik laporan blog teknologi Amerika Syarikat, The Verge, yang menukil sumber terdekatnya.

Pertukaran nama itu, yang berkemungkinan berlaku, dirancang untuk mencerminkan tumpuan syarikat tersebut terhadap usaha membangunkan 'metaverse'. Secara amnya, 'metaverse' merujuk kepada persekitaran dunia maya yang boleh diakses orang ramai melalui Internet.

Selepas penjenamaan semula, aplikasi Facebook berwarna biru itu berkemungkinan dipasarkan sebagai satu di antara banyak produk lain, seperti Instagram dan WhatsApp, di bawah sebuah syarikat induk.

Jurucakap Facebook bagaimanapun enggan mengulas tentang perkara ini, lapor The Verge. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan