Etiqa, Maybank lancar insurans patuh Syariah pertama di SG dalam sedekad
Cabang Maybank Insurance, Etiqa Insurance Singapura menjalin kerjasama dengan Maybank Singapore untuk melancarkan 'Invest Future' iaitu produk insurans Takaful pertama di Singapura dalam tempoh lebih sedekad.
Menurut Maybank Singapore dalam kenyataan pada Isnin (6 Jan), pelan insurans itu menggabungkan pilihan pelaburan beretika dengan ciri-ciri perlindungan serta pengumpulan harta yang fleksibel, dengan ia menyasarkan para pelanggan yang berminat terhadap produk kewangan berasaskan nilai.
Menurut Maybank, 'Invest Future' direka bagi memenuhi permintaan meningkat bagi huraian kewangan Islam di Singapura.
CEO Negara Maybank Singapore, Alvin Lee berkata: "Huraian kewangan berdasarkan nilai seperti Etiqa Takaful ILP, merupakan komponen penting dalam tawaran Pengurusan Kekayaan Islam (IWM) yang berdasarkan prinsip-prinsip Syariah."
Maybank, sebagai hab IWM luar pesisir pantai bagi Maybank Group di Singapura, merupakan bank pertama di negara ini yang menawarkan huraian kewangan lengkap berdasarkan nilai.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.