Skip to main content

Kewangan

Erdogan rasmi lapangan terbang baru Istanbul, termahal Turki

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan merasmikan lapangan terbang baru Istanbul berharga AS$12 bilion (S$16.6 bilion) pada Isnin (29 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Erdogan rasmi lapangan terbang baru Istanbul, termahal Turki
Diterbitkan : 30 Oct 2018 02:51PM Dikemas Kini : 30 Oct 2018 03:01PM

ISTANBUL: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan merasmikan lapangan terbang baru Istanbul berharga AS$12 bilion (S$16.6 bilion) pada Isnin (29 Okt).

Ia dikatakan bakal menjadi lapangan terbesar dunia dan antara lapangan terbang paling sibuk di dunia.

Bagaimanapun, lapangan terbang itu akan hanya beroperasi sepenuhnya Januari ini setelah pembinaannya terjejas akibat penangguhan dan mogok pekerja kerana keadaan pekerjaan yang kurang baik.

Majlis perasmiannya diadakan serentak dengan ulang tahun negara Turki moden yang ke-95 sejak diasaskan Mustafa Kemal Ataturk.

Bercakap pada majlis pembukaan, Encik Erdogan berkata lapangan terbang itu dinamakan 'Istanbul’, dan akan meneruskan integrasi Turki ke dalam ekonomi global.

“Dengan operasi Lapangan Terbang Istanbul, ruang udara Eropah akan disusun semula,” katanya, sambil menambah beliau menjangkakan kemudahan itu akan digunakan untuk sebilangan besar penerbangan antara benua Eropah, Asia dan Afrika serta menjadikan Turkish Airlines sebuah syarikat penerbangan gergasi.

Lapangan terbang itu mampu mengendalikan 90 juta penumpang setahun, dan boleh diluaskan untuk menampung sehingga 200 juta, kata Presiden Erdogan.

Bagaimanapun, bagi dua bulan pertama ia cuma digunakan untuk beberapa penerbangan domestik dan ke Azerbaijan dan utara Cyprus.
Penerbangan pertama dari lapangan terbang itu akan berlepas ke Ankara pada Rabu (31 Okt).

Apabila siap sepenuhnya pada 2028, lapangan terbang itu akan mempunyai enam landasan kapal terbang dan dua terminal di kawasan seluas 76 kilometer persegi, menjadikannya tiga kali lebih besar saiz lapangan terbang Ataturk. 

Sumber : AFP/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita