Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

EnterpriseSG bantu 2,300 syarikat jalani transformasi pada 2024

Agensi pembangunan perusahaan Singapura, Enterprise Singapore (EnterpriseSG) membantu 2,300 syarikat melalui transformasi tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
EnterpriseSG bantu 2,300 syarikat jalani transformasi pada 2024

(Gambar: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 23 Jan 2025 07:45PM Dikemas Kini : 23 Jan 2025 07:46PM
SINGAPURA: Agensi pembangunan perusahaan Singapura, Enterprise Singapore (EnterpriseSG) membantu 2,300 syarikat melalui transformasi tahun lalu.

Ini menerusi projek-projek berskala besar dengan impak pertumbuhan yang besar juga.

Angka itu lebih rendah berbanding 3,000 syarikat pada 2023.

Menurut EnterpriseSG, syarikat-syarikat mungkin kurang berbuat demikian kerana kos perniagaan lebih tinggi dan keadaan geopolitik yang tidak menentu.

"Angka itu lebih rendah dari segi jumlah syarikat, tetapi hasil yang mereka unjurkan daripada projek-projek itu adalah lebih kukuh.

"Jadi pada 2024 secara purata, setiap syarikat diunjurkan untuk meningkatkan pendapatannya sebanyak S$8.6 juta setiap tahun. Ini kira-kira 50 peratus lebih tinggi berbanding pada 2023," kata Pengerusi Enterprise SG, Lee Chuan Teck.

Menurut laporan terkini EnterpriseSG, syarikat-syarikat yang membuat penyesuaian boleh menjangkakan pendapatan tahunan mereka meningkat sebanyak S$14.5 bilion.

Ini dari segi meningkatkan produktiviti dan inovasi serta mengembangkan sayap ke luar negara.

Lebih 12,000 pekerjaan baharu dijangka dicipta.

Sementara itu, EnterpriseSG membantu 9,200 syarikat menjalani naik taraf asas seperti mempunyai huraian digital dan meneroka peluang menembusi pasaran luar negara melalui perkongsian dan pameran perdagangan.

Meskipun China dan India kekal sebagai pasaran utama bagi perniagaan-perniagaan yang ingin berkembang ke luar negara, Timur Tengah, Eropah dan Amerika Syarikat kini semakin menarik minat.

Sungguhpun begitu, EnterpriseSG menarik perhatian bahawa kini ia mungkin lebih sukar bagi syarikat-syarikat untuk merebut peluang sedemikian.

"Apa yang jelas buat kami adalah aliran perdagangan antarabangsa dan pelaburan akan semakin dikawal dan dikenakan cukai.

"Ini realiti baharu. Apabila ada perubahan pada undang-undang antarabangsa mengenai aliran modal, tarif baharu, ia mungkin menjejas perniagaan-perniagaan, dan kami harus membantu mereka menangani, membina rantaian bekalan mereka, meluaskan kepelbagaian pelaburan mereka agar lebih berdaya tahan kepada perubahan sedemikian," kata Encik Lee.
Sumber : CNA/NY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan