Eni, Petronas tubuh usaha sama gabung aset minyak dan gas di Indonesia, Malaysia
Syarikat tenaga Itali, Eni, dan syarikat tenaga milik kerajaan Malaysia, Petronas, mengumumkan pada Isnin (3 Nov) mereka sudah memeterai perjanjian yang mengikat untuk menubuhkan sebuah syarikat usaha sama yang akan menggabungkan beberapa aset penerokaan dan pengeluaran minyak serta gas di Indonesia dan Malaysia.
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
ABU DHABI/MILAN: Syarikat tenaga Itali, Eni, dan syarikat tenaga milik kerajaan Malaysia, Petronas, mengumumkan pada Isnin (3 Nov) mereka sudah memeterai perjanjian yang mengikat untuk menubuhkan sebuah syarikat usaha sama yang akan menggabungkan beberapa aset penerokaan dan pengeluaran minyak serta gas di Indonesia dan Malaysia.
Entiti baharu itu, dikenali sebagai NewCo, akan menguruskan 19 aset, 14 di Indonesia dan lima di Malaysia, dengan rancangan untuk melabur lebih AS$15 bilion (S$19.53 bilion) dalam tempoh lima tahun akan datang bagi membangunkan kira-kira 3 bilion tong rizab yang ditemui serta meneroka potensi tambahan sebanyak 10 bilion tong lagi.
Perjanjian tersebut dimeterai semasa Persidangan Tenaga ADIPEC di Abu Dhabi.
TUMPUAN KE ATAS LEMBANGAN KUTEI DI INDONESIA
Perjanjian itu adalah sebahagian daripada strategi “satelit” Eni, di mana syarikat tenaga Itali berkenaan menubuhkan beberapa anak syarikat berasaskan perniagaan khusus serta menyokong pertumbuhan mereka untuk berdikari.
Dalam urus niaga yang serupa, Eni bekerjasama dengan BP di Angola untuk menubuhkan sebuah usaha sama yang dikenali sebagai Azule Energy.
NewCo akan menggabungkan portfolio aset pengeluaran dan pembangunan gas di Malaysia dan Indonesia, bermula dengan kapasiti pengeluaran awal melebihi 300,000 tong setara minyak sehari (boe/d), menurut kenyataan Eni.
“Dengan memanfaatkan aset pengeluaran sedia ada dan membangunkan inisiatif baharu yang besar di Lembangan Kutei dan di Malaysia, kami menjangkakan pengeluaran melebihi 500,000 tong setara minyak sehari dalam jangka pertengahan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Eni, Claudio Descalzi, dalam kenyataan tersebut.
Eni menambah bahawa usaha sama baharu itu akan beroperasi sebagai sebuah entiti yang berdikari dari segi kewangan.
NewCo akan membantu Eni meningkatkan serta mempelbagaikan penawaran gas asli cecair (LNG) bagi menarik pelanggan berpotensi baharu.
Syarikat Itali itu menjangkakan gas akan merangkumi 60 peratus daripada keseluruhan pengeluaran hidrokarbonnya menjelang 2030.
Susulan pemeteraian perjanjian itu, Eni dan Petronas akan bekerjasama untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa, pemerintah serta rakan kongsi berkaitan, menurut kenyataan tersebut.
Kedua-dua pihak menjangka perjanjian itu akan dimuktamadkan pada 2026.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.