Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Emirates sambung semula penerbangan dari India selepas larangan COVID-19 ditarik balik

Syarikat penerbangan gergasi Emirates menyatakan pada Ahad (20 Jun) bahawa ia akan menyambung semula penerbangan dari India mulai minggu depan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Emirates sambung semula penerbangan dari India selepas larangan COVID-19 ditarik balik

(Gambar: Reuters/ Rafael Marchante)

Diterbitkan : 21 Jun 2021 11:35AM Dikemas Kini : 21 Jun 2021 11:37AM

DUBAI: Syarikat penerbangan gergasi Emirates menyatakan pada Ahad (20 Jun) bahawa ia akan menyambung semula penerbangan dari India mulai minggu depan.

Ini selepas Dubai menarik balik larangan yang dikenakan semasa lonjakan dalam kes COVID-19.

Amiriah Arab Bersatu (UAE), yang termasuk Dubai, menggantung semua penerbangan dari India - termasuk bagi penumpang yang membuat persinggahan - pada April dalam satu usaha untuk mengekang penularan COVID-19.

"Kami akan menyambung semula penerbangan yang membawa penumpang dari Afrika Selatan, Nigeria dan India... mulai 23 Jun," umum Emirates dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu (19 Jun).

Dubai menyatakan hanya penumpang dari India "yang memegang visa penduduk sah dan yang sudah menerima dua dos vaksin yang diluluskan oleh UAE" akan dibenarkan terbang ke UAE.

Mereka juga perlu menunjukkan hasil ujian PCR yang negatif yang diambil dalam tempoh 48 jam sebelum pelepasan, satu ujian pantas empat jam sebelum berangkat dan satu lagi ujian PCR setibanya di UAE dengan "kuarantin institusi" sehingga hasil ujian diterima.

Pihak berkuasa Dubai bagaimanapun tidak menyatakan peraturan untuk penumpang yang melakukan persinggahan.

Emirates pula tidak menyatakan sama ada penumpang dibenarkan melalui Dubai dalam perjalanan ke negara ketiga.

Kira-kira 300 penerbangan beroperasi antara UAE dengan India seminggu, sebelum larangan itu diumumkan pada April menurut media tempatan, menjadikannya di antara koridor udara paling sibuk di dunia.

Orang India membentuk sepertiga atau 3.3 juta penduduk UAE, kebanyakannya di Dubai.

Sebilangan orang India yang terkandas di tanah air mereka semasa lonjakan kes koronavirus telah menyewa jet privet untuk kembali ke UAE, yang mengecualikan jet privet daripada larangan tersebut. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan