Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Elon Musk sudah temui CEO baru Twitter

Anggaran Waktu Membaca:
Elon Musk sudah temui CEO baru Twitter

(Gambar: Olivier Douliery/AFP)

REUTERS: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter Elon Musk pada Khamis (11 Mei) berkongsi berita yang beliau sudah berjaya menemui pengganti CEO bagi wadah media sosial itu tanpa menamakan individu berkenaan. 

"Ghairah untuk mengumumkan bahawa saya mempunyai CEO baru untuk X/Twitter. CEO wanita itu akan mula bekerja dalam sekitar enam minggu!," kata Encik Musk di Twitter.

Tambahnya, pelantikan itu akan membolehkan beliau memberi tumpuan sebagai "Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Teknologi (CTO), menyelia produk, perisian dan operasi sistem". 

Langkah itu dijangka melegakan keprihatinan pelabur Tesla yang semakin bimbang tentang masa yang dihabiskan Encik Musk terhadap Twitter, lapor Reuters.

Encik Musk digesa memberi perhatian pada perniagaan lain yang diusahakannya termasuk syarikat roket SpaceX.

Saham Tesla Inc melonjak 2.4 peratus  menyusuli pengumuman tersebut. 

Encik Musk yang pada November lalu berkata ingin mengurangkan masa yang diluangkan di Twitter dan mencari pemimpin baru untuk menerajui syarikat media sosial itu, sebelum ini tidak menamakan sebarang bakal calon.

Dua minggu pertama hartawan itu sebagai pemilik baru Twitter pada Oktober menyaksikan perubahan pesat. Beliau serta-merta memecat CEO Twitter ketika waktu itu Parag Agrawal dan anggota-anggota kanan lain sebelum memberhentikan separuh kakitangannya pada November.

Sumber : Reuters/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan