Skip to main content

Kewangan

Eksport utama SG naik 3.4% pada Nov

Anggaran Waktu Membaca:
Eksport utama SG naik 3.4% pada Nov

Gambar fail: Roslan Rahman/AFP

Diterbitkan : 17 Dec 2024 12:52PM Dikemas Kini : 17 Dec 2024 12:54PM
SINGAPURA: Eskport Domestik Bukan Minyak Singapura (NODX) naik semula pada bulan lalu.

Dalam kenyataannya pada Selasa (17 Dis), Enterprise Singapore menyatakan bahawa NODX bulan November berkembang 3.4 peratus berbanding setahun lalu selepas merosot 4.7 peratus pada bulan Oktober.

Sektor elektronik mencatat kenaikan tetapi sektor bukan elektronik mengalami kemerosotan.

Tinjauan Reuters meramalkan kemerosotan sebanyak 0.7 peratus.

Berbanding setahun lalu, eksport produk elektronik berkembang lebih pantas setelah mencatatkan peningkatan 23.2 peratus pada November, menyusuli kenaikan 2.6 peratus pada Oktober.

Litar bersepadu (IC), produk media cakera dan komputer peribadi (PC) menyumbang sebahagian besar kepada kenaikan tersebut, masing-masing melonjak 28.9 peratus, 114.7 peratus dan 75.3 peratus.

Eksport bukan elektronik menyusut 1.6 peratus pada November, menyusuli kemerosotan 6.8 peratus pada Oktober.

Kemerosotan terbesar dicatatkan dalam sektor farmaseutikal, petrokimia dan kertas serta papan kertas, yang masing-masing jatuh sebanyak 63.8 peratus, 5.3 peratus dan 89.9 peratus.

Jumlah perdagangan meningkat 5 peratus pada November berbanding setahun lalu menyusuli penurunan 2.2 peratus pada bulan sebelumnya.

Kedua-dua eksport dan import meningkat, masing-masing sebanyak 5.1 peratus dan 4.9 peratus.
Sumber : CNA/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita