Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Eksport utama SG jatuh 15.6% pada Feb

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Eksport bukan minyak dalam negeri (NODX) Singapura jatuh 15.6 peratus pada Februari berbanding bulan yang sama tahun lalu. 

Ia disebabkan kemerosotan dalam eksport produk elektronik dan bukan elektronik, sebahagian besarnya sejajar dengan ramalan penganalis. 

Kemerosotan yang dicatatkan pada bulan lalu, bagaimanapun, menandakan rentak yang lebih perlahan 25 peratus yang dicatatkan pada Januari dan 20.6 peratus pada Disember, menurut data yang dikeluarkan Enterprise Singapore (EnterpriseSG). 

Tinjauan Reuters ke atas penganalis meramalkan penguncupan 16 peratus. 

Selepas mengambil faktor  musiman, NODX merosot 8 peratus pada Februari, menyusuli pertumbuhan 0.9 peratus pada Januari. Ia lebih tinggi berbanding ramalan  penganalis iaitu penguncupan 0.5 peratus. 

Eksport bukan  minyak ke 10 pasaran utama Singapura merosot secara keseluruhan pada Februari. 

Eksport ke negara-negara Kesatuan Eropah (EU) jatuh 34.2 peratus disebabkan  penghantaran lebih rendah produk petrokimia, farmaseutikal dan produk media cakera.

Eksport ke Hong Kong pula jatuh 46.4 peratus selepas penghantaran litar bersepadu, produk media cakera dan bahan keluli atau besi merosot. 

Sumber : Reuters/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan