Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Eksport S'pura naik 18.4% pada Dis; tumbuh 13 bulan beruntun

Eksport domestik bukan minyak (NODX) naik sebanyak 18.4 peratus pada Disember 2021 berbanding setahun lalu, menandakan pertumbuhan bulan ke-13 berturut-turut.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Eksport domestik bukan minyak (NODX) naik sebanyak 18.4 peratus pada Disember 2021 berbanding setahun lalu, menandakan pertumbuhan bulan ke-13 berturut-turut.

Peningkatan itu menyusuli lonjakan rekod selama sedekad sebanyak 24.2 peratus pada November.

Pakar ekonomi menjangkakan kenaikan 13.8 peratus pada Disember, menurut median sembilan anggaran yang dilaporkan oleh Reuters.

Kedua-dua eksport elektronik dan bukan elektronik tumbuh pada Disember tahun lalu, menurut data yang dikeluarkan oleh Enterprise Singapore (ESG) pada Isnin (17 Jan).

Berdasarkan penyesuaian musiman bulan ke bulan, NODX naik 3.7 peratus pada Disember, menyusuli pertumbuhan satu peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Berdasarkan penyesuaian musiman pula, NODX bukan elektronik tumbuh manakala bagi elektronik merosot, dengan paras NODX mencecah S$17.1 bilion pada Disember berbanding S$16.5 bilion pada November, menurut ESG.

Eksport elektronik mencatatkan peningkatan 13.6 peratus pada Disember, didorong terutamanya oleh litar bersepadu, komputer peribadi dan produk media cakera.

Penghantaran bagi produk bukan elektronik tumbuh sebanyak 19.9 peratus, dipacu oleh farmaseutikal, jentera khas dan petrokimia.

EKSPORT KE PASARAN UTAMA

“NODX ke pasaran utama secara keseluruhannya meningkat pada Disember 2021 meskipun NODX ke Amerika Syarikat dan Korea Selatan merosot," menurut ESG.

Penyumbang terbesar bagi kenaikan tersebut adalah China, Indonesia dan 27 negara anggota Kesatuan Eropah (EU).

Eksport ke China tumbuh 36.3 peratus disebabkan farmaseutikal, jentara khas dan petrokimia.

Penghantaran ke Indonesia meningkat sebanyak 66. 1 peratus pada Disember selepas melonjak 33.7 peratus pada bulan sebelumnya. Ini sebahagian besarkan disebabkan emas bukan kewangan, petrokimi dan kimia asas.

Sementara itu, eksport ke 27 negara anggota EU meningkat sebanyak 32.5 peratus, dipacu oleh jentera khas, farmaseutikal dan kimia asas.

Penghantaran ke pasaran berkembang maju naik sebanyak 38.8 peratus pada Disember, meningkatkan lanjut pertumbuhan 54.1 peratus yang dicatatkan pada November. Pertumbuhan itu sebahagian besarnya dipacu oleh Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam, Timur Tengah serta Amerika Latin.

Berdasarkan tahun ke tahun, keseluruhan perdagangan meningkat sebanyak 31.4 peratus pada Disember, melanjutkan pertumbuhan 31.3 peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Jumlah eksport naik 28 peratus manakala keseluruhan import tumbuh 35.4 peratus.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan