Eksport S'pura tumbuh 5.9% pada September, lebih perlahan daripada ramalan
Eksport bukan minyak dalam negeri (NODX) Singapura tumbuh 5.9 peratus berbanding setahun sebelumnya.

(Gambar: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Eksport bukan minyak dalam negeri (NODX) Singapura tumbuh 5.9 peratus berbanding setahun sebelumnya. Peningkatan itu dipacu oleh eksport elektronik, menurut data rasmi pada Jumaat (16 Okt) tetapi lebih perlahan berbanding ramalan
Ini berbanding kenaikan 7.7 peratus pada Ogos dan lebih rendah berbanding kenaikan 10.8 peratus yang diramalkan oleh para pakar ekonomi dalam satu tinjauan Reuters.
Eksport barangan elektronik melonjak 21.4 peratus daripada asas rendah setahun lalu.
Berdasarkan penyesuaian bulan ke bulan, eksport merosot 11.3 peratus pada September selepas kenaikan 10.5 peratus pada bulan sebelumnya, menurut Enterprise Singapore dalam satu kenyataan. Rentak kemerosotan itu adalah paling mendadak sejak Mac 2019.
Para pakar ekonomi meramalkan penguncupan 3 peratus.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.