Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Eksport S'pura pada Februari tumbuh 4.9%

Eksport dalam negeri bukan minyak (NODX) Singapura meningkat 4.9 peratus berbanding tahun lalu pada Februari, menyusuli kemerosotan ketara pada bulan sebelumnya. Demikian menurut perangkaan agensi perdagangan Enterprise Singapore pada Isnin (18 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Eksport S'pura pada Februari tumbuh 4.9%

(Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 18 Mar 2019 10:07AM Dikemas Kini : 18 Mar 2019 10:12AM

SINGAPURA: Eksport dalam negeri bukan minyak (NODX) Singapura meningkat 4.9 peratus berbanding tahun lalu pada Februari, menyusuli kemerosotan ketara pada bulan sebelumnya. Demikian menurut perangkaan agensi perdagangan Enterprise Singapore pada Isnin (18 Mac).

Berdasarkan penyesuaian musiman, eksport menokok 16 peratus pada Februari berbanding kemerosotan 5.7 peratus pada Januari - dipacu oleh pertumbuhan dalam eksport produk-produk elektronik dan bukan elektronik.

Eksport barangan elektronik turun sebanyak 8 peratus dari tahun ke tahun, lebih kecil berbanding 15.9 peratus pada bulan Januari.

Produk media cakera, komputer peribadi (PC) serta diod dan transistor masing-masing menguncup 42.2 peratus, 28.9 peratus dan 29.6 peratus, menyumbang kepada kemerosotan terbesar dalam NODX elektronik.

Produk bukan elektronik tumbuh sebanyak 9.4 peratus dari tahun ke tahun pada Februari, menyusuli kemerosotan 7.9 peratus pada Januari.

Secara keseluruhannya, eksport Singapura ke 10 pasaran utama meningkat pada Februari kecuali ke Jepun, Korea Selatan, Kesatuan Eropah dan Indonesia.

Pasaran China (34.4 peratus) merupakan penyumbang utama kepada NODX Singapura, disusuli Hong Kong (41.9 peratus) dan Amerika Syarikat (6.6 peratus).

Jumlah dagangan keseluruhan menokok 3.3 peratus dari tahun ke tahun pada Februari, menyusuli pertumbuhan 4.2 peratus yang dicatat pada Januari.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan