Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Eksport S'pura jatuh 8.5% pada Disember

Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura merosot pada Disember tahun lalu, memanjangkan tempoh kemerosotan yang dialami pada bulan-bulan sebelumnya, dengan penghantaran ke kebanyakan pasaran utama mengalami kejatuhan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 17 Jan 2019 11:00AM Dikemas Kini : 17 Jan 2019 09:04PM

SINGAPURA: Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura merosot pada Disember tahun lalu, memanjangkan tempoh kemerosotan yang dialami pada bulan-bulan sebelumnya, dengan penghantaran ke kebanyakan pasaran utama mengalami kejatuhan.

Eksport jatuh 8.5 peratus pada Disember berbanding tempoh yang sama setahun lalu selepas mengalami penguncupan 2.8 peratus pada November, menurut perangkaan agensi perdagangan Enterprise Singapore pada Khamis (17 Jan).

Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, eksport negara merosot 5.7 peratus pada Disember selepas mengalami penguncupan 4.3 peratus pada bulan sebelumnya.

Penghantaran barangan elektronik dan bukan elektronik kedua-duanya merosot pada Disember.

Eksport elektronik merosot 11.2 peratus berbanding setahun lalu, selepas mencatat pertumbuhan 4.3 peratus pada November.

Manakala penghantaran komputer peribadi (PC), produk media cakera serta diod & transistor masing-masing menguncup 20.5 peratus, 28.5 peratus dan 34.4 peratus, mengakibatkan sebahagian besar kemerosotan elektronik NODX.

Eksport bukan elektronik pula merosot 7.4 peratus pada Disember berbanding setahun lalu menyusuli penurunan 5.4 peratus pada November.

Mesin khas (-32.5 peratus), farmaseutikal (-26.8 peratus) dan kimia asas (-28.0 peratus) menyebabkan sebahagian besar kemerosotan ini.

Secara keseluruhannya, eksport ke kebanyakan daripada 10 pasaran utama Singapura merosot pada Disember kecuali ke Amerika Syarikat dan China. EU (-28.7 peratus), Korea Selatan (-39.1 peratus) dan Malaysia (-15.5 peratus) penyumbang utama kepada penguncupan NODX.

Secara keseluruhannya, perdagangan pada Disember naik 1.6 peratus berbanding setahun lalu, dipacu oleh pertumbuhan import.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan