Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Ekonomi S'pura tumbuh 3.4% pada Q1, lebih perlahan berbanding suku sebelumnya

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Apr 2022 09:01AM Dikemas Kini : 14 Apr 2022 11:09PM

SINGAPURA: Ekonomi Singapura tumbuh 3.4 peratus pada suku pertama 2022 berbanding tempoh sama tahun lalu, menurut anggaran awal yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Khamis (14 Apr).

Kadar itu lebih perlahan berbanding 6.1 peratus pada tiga bulan sebelumnya

Berdasarkan penyesuaian musiman dari suku ke suku, Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) tumbuh 0.4 peratus pada suku pertama, lebih perlahan berbanding 2.3 peratus pada suku sebelumnya.

Anggaran awal GDP adalah hasil daripada data yang dikumpulkan dalam dua bulan pertama suku tersebut.

Ekonomi Singapura tumbuh 7.6 peratus tahun lalu, pada rentak paling pantas dalam masa lebih sedekad selepas pulih daripada penguncupan 4.1 peratus semasa pandemik 2020.

Pihak berkuasa mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi Singapura bagi tahun ini sebanyak tiga hingga lima peratus.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan