Skip to main content

Kewangan

Ekonomi SG tumbuh 5.7% pada Q4 2025: Anggaran awal MTI

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Jan 2026 09:14AM Dikemas Kini : 11 Jan 2026 06:15PM
SINGAPURA: Ekonomi Singapura berkembang sebanyak 5.7 peratus pada suku terakhir 2025, menurut anggaran awal yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Jumaat (2 Jan).

Kadar pertumbuhan itu lebih pantas berbanding pertumbuhan 5 peratus yang dilaporkan dalam tempoh yang sama setahun lalu, serta pertumbuhan 4.3 peratus yang dicatatkan pada suku ketiga 2025.

Berdasarkan perbandingan musiman dari suku ke suku, ekonomi negara berkembang 1.9 peratus, menurun daripada 2.4 peratus pada suku ketiga.

Pertumbuhan bagi keseluruhan tahun 2025 adalah 4.8 peratus, meningkat daripada 4.4 peratus pada 2024.

Perdana Menteri Lawrence Wong berkata dalam Amanat Tahun Baharu bahawa pertumbuhan ekonomi bagi 2025 merupakan “hasil yang lebih baik daripada jangkaan kami”, memandangkan perdagangan global yang berpecah serta ketegangan geopolitik berlaku di peringkat global.

Namun, beliau memberi amaran bahawa “mengekalkan kadar pertumbuhan ini akan menjadi mencabar”, dan Singapura tidak boleh melakukan “perkara yang sama” jika mahu kekal berdaya saing.

Pada November, Singapura menaikkan ramalan pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) kepada “sekitar 4 peratus”.

Anggaran awal sebahagian besarnya diunjurkan berdasarkan data dalam dua bulan pertama suku tersebut, iaitu Oktober dan November dalam kes ini.

Ia bertujuan sebagai penunjuk awal dan mungkin disemak semula apabila lebih banyak data diperolehi.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita