Skip to main content

Kewangan

Ekonomi SG tumbuh 5.4% pada Q3 2026

Anggaran Waktu Membaca:
Ekonomi SG tumbuh 5.4% pada Q3 2026

Daerah pusat perniagaan Singapura pada 8 April 2025. (Gambar: REUTERS/Edgar Su)

Diterbitkan : 14 Oct 2026 09:35AM
Singapore economy grew 5.4% in Q3 2026
  • Singapore’s economy grew 5.4 per cent in the third quarter of 2026, according to METI’s advance estimates on Oct 14, slower than the 6.2 per cent recorded in the second quarter.
  • The estimates were based on data from July and August, are intended to provide an early indication, and may be revised when additional information becomes available.
  • The manufacturing sector grew 7.5 per cent, driven by electronics, precision engineering, transport engineering and general manufacturing, although chemicals and biomedical manufacturing declined.
  • The construction sector expanded 8.8 per cent, faster than in the previous quarter, after public and private sector construction output recorded growth.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Ekonomi Singapura tumbuh 5.4 peratus pada suku ketiga 2026, perlahan sedikit berbanding pertumbuhan 6.2 peratus yang dicatatkan pada suku kedua 2026, menurut anggaran awal Kementerian Tenaga, Perdagangan dan Perusahaan (METI) pada Rabu (14 Okt).

Sektor pengilangan berkembang 7.5 peratus, lebih perlahan berbanding pertumbuhan 12.9 peratus yang dicatatkan pada suku kedua.

Berdasarkan perbandingan musiman yang disesuaikan dari suku ke suku, ekonomi Singapura tumbuh 1.1 peratus, berbanding pertumbuhan 1.5 peratus pada suku kedua.

Anggaran awal sebahagian besarnya dikira berdasarkan data daripada dua bulan pertama suku berkenaan, iaitu Julai dan Ogos bagi tujuan ini. Anggaran tersebut bertujuan memberikan penunjuk awal dan mungkin disemak apabila lebih banyak data tersedia.

Pertumbuhan sektor pengilangan didorong oleh peningkatan pengeluaran dalam kelompok elektronik, kejuruteraan jitu, kejuruteraan pengangkutan dan pengilangan am, menurut kenyataan media METI pada Rabu.

Peningkatan tersebut mengatasi kemerosotan pengeluaran dalam kelompok kimia dan pengilangan bioperubatan, tambah kementerian itu.

Berdasarkan perbandingan musiman yang disesuaikan dari suku ke suku, sektor pengilangan menguncup 0.9 peratus, berbanding pertumbuhan 6.3 peratus pada suku kedua.

Sektor binaan pula tumbuh 8.8 peratus pada suku ketiga, lebih pantas berbanding pertumbuhan 6.1 peratus pada suku kedua, apabila pengeluaran binaan sektor awam dan swasta meningkat, menurut perangkaan METI.

Berdasarkan perbandingan musiman yang disesuaikan dari suku ke suku, sektor tersebut tumbuh 3.4 peratus, berbanding penguncupan 2.7 peratus pada suku sebelumnya.
Sumber : CNA/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita