Skip to main content

Kewangan

Ekonomi S'pura kuncup 5.8% pada 2020 dek COVID-19

Ekonomi Singapura menguncup 5.8 peratus pada 2020 disebabkan oleh pandemik COVID-19, sekalipun kebanyakan industri menyaksikan peningkatan pada suku keempat tahun lalu, menurut ramalan awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI)pada Isnin (4 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Ekonomi S'pura kuncup 5.8% pada 2020 dek COVID-19

(Gambar: Genevieve Loh)

Diterbitkan : 04 Jan 2021 08:49AM Dikemas Kini : 04 Jan 2021 09:05AM

SINGAPURA: Ekonomi Singapura menguncup 5.8 peratus pada 2020 disebabkan oleh pandemik COVID-19, sekalipun kebanyakan industri menyaksikan peningkatan pada suku keempat tahun lalu, menurut ramalan awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Isnin (4 Jan).

Ekonomi Singapura menyusut 3.8 peratus pada suku terakhir tahun lalu berbanding tempoh yang sama setahun sebelum itu, satu peningkatan berbanding penguncupan 5.6 peratus pada suku ketiga tahun lalu.

Para pakar ekonomi yang ditinjau oleh Reuters sebelum ini meramalkan ekonomi Singapura akan merosot sebanyak 4.5 peratus.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari suku ke suku, Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura berkembang sebanyak 2.1 peratus pada suku terakhir 2020 selepas mencatat pertumbuhan 9.5 peratus bagi tempoh antara Julai dengan September tahun lalu. 

Singapura terjejas teruk akibat jangkitan COVID-19, dengan sektor binaan, penerbangan dan pelancongan antara sektor yang paling terkesan.

Singapura menguatkuasakan 'circuit breaker' atau tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 pada April bagi membendung penularan COVID-19 yang antara lain turut menyaksikan perniagaan yang tidak penting turut ditutup sepanjang tempoh itu.

Pemerintah menarik balik penguatkuasaan tempoh tersebut pada Jun dan sejak itu sudah membuka semula ekonomi negara secara bertahap-tahap, dengan Singapura kini melangkah ke Fasa 3.

Meskipun Pemerintah sebelum ini menjangkakan ekonomi negara akan kembali berkembang tahun ini tetapi memberi amaran bahawa pemulihan ekonomi mungkin berlaku secara bertahap-tahap.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita