Ekonomi S'pura dijangka tumbuh 3.3%
Demikian ramalan para ahli ekonomi sektor privet dalam tinjauan suku tahunan yang dikeluarkan Penguasa Kewangan Singapura (MAS.)
SINGAPURA: Ekonomi Singapura dijangka tumbuh 3.3% tahun ini.
Demikian ramalan para ahli ekonomi sektor privet dalam tinjauan suku tahunan yang dikeluarkan Penguasa Kewangan Singapura (MAS.)
Ramalan pertumbuhan itu adalah lebih tinggi berbanding anggaran awal sebanyak 2.5 peratus dalam tinjauan sebelumnya.
Bagi suku ketiga, ekonomi Singapura berkembang sebanyak 5.2 peratus berbanding tempoh yang sama setahun lalu.
Bagi keseluruhan tahun ini, para ahli ekonomi meramalkan pertumbuhan dalam sektor pengilangan akan meningkat 10.6 peratus, naik daripada 6.6 peratus yang dianggarkan sebelum ini.
Manakala sektor kewangan dan industri insurans pula kini diramal tumbuh 3.7 peratus.
Ramalan eksport domestik bukan minyak pula dinaikkan kepada 9 peratus.
Sementara itu, inflasi diramalkan mencecah 0.6 peratus iaitu penurunan daripada 0.8 peratus dalam ramalan awal.
Bagi tahun depan, para ahli ekonomi meramalkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 3 peratus.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.