Ekonomi global kekal berdaya tahan di tengah risiko perang tarif, ketegangan perdagangan: WEF2026
Walaupun berdepan ketegangan perdagangan dan ketidaktentuan global yang semakin meningkat, ekonomi dunia menunjukkan tahap daya tahan yang lebih kukuh daripada jangkaan, menurut para ahli ekonomi dalam sesi taklimat mengenai unjuran bagi tahun 2026.
Anggaran Waktu Membaca:
DAVOS: Walaupun berdepan ketegangan perdagangan dan ketidaktentuan global yang semakin meningkat, ekonomi dunia menunjukkan tahap daya tahan yang lebih kukuh daripada jangkaan, menurut para ahli ekonomi dalam sesi taklimat mengenai unjuran bagi tahun 2026.
Naib Presiden dan Ketua Ahli Ekonomi JD.com, Shen Jianguang berkata, pertumbuhan global berulang kali menyanggah ramalan pesimis, dengan perdagangan dunia mencatat paras tertinggi walaupun pertikaian tarif masih berterusan.
“Ekonomi global jauh lebih berdaya tahan daripada jangkaan. Walaupun berdepan perang tarif, perdagangan global telah mencapai rekod tertinggi,” kata Shen dalam sesi 'Chief Economists Briefing: What to Expect in 2026'.
Beliau berkata prestasi China yang lebih kukuh daripada jangkaan menjadi contoh utama, dengan pertumbuhan ekonomi negara itu mencecah sekitar 5 peratus, didorong terutamanya oleh eksport.
“Tiada siapa menjangkakan pada awal tahun lalu bahawa pertumbuhan China masih boleh mencapai 5 peratus, dengan kira‑kira 30 peratus sumbangan datang daripada eksport,” katanya lagi.
Menurut beliau, momentum ekonomi yang kukuh dapat dilihat di seluruh Asia, dengan Vietnam mencatat pertumbuhan melebihi 8 peratus manakala India mengatasi 7 peratus, mendorong ketua‑ketua ekonomi terus melihat Asia Selatan dan Asia Timur sebagai antara rantau berprestasi tinggi pada 2026.
Beliau bagaimanapun memberi amaran bahawa risiko masih wujud, khususnya berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan potensi berlaku pembentukan gelembung aset.
“Ini merupakan cerita dua sisi. Di satu pihak, ekonomi global sangat berdaya tahan. Namun di pihak lain, masih terdapat kebimbangan besar mengenai isu berhubung aset, termasuk sama ada gangguan AI atau pecahnya gelembung AI akan menjadi risiko utama,” jelasnya.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi AXA Investment, Gilles Moëc berkata taklimat tersebut tidak menunjukkan berlakunya krisis dalam masa terdekat, namun menegaskan bahawa peningkatan tahap hutang kini muncul sebagai risiko global paling ketara.
“Hutang muncul sebagai risiko nombor satu,” kata Moëc, sambil merujuk kepada kedudukan fiskal yang semakin merosot di ekonomi utama, termasuk Amerika Syarikat dan Eropah.
Encik Moëc berkata defisit belanjawan Amerika Syarikat dijangka kekal antara 6 hingga 8 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP), manakala pemerintah Eropah, termasuk Jerman, meningkatkan perbelanjaan bagi infrastruktur dan pertahanan.
Berhubung Asia, Encik Moëc berkata hutang awam dalam kunci kira‑kira pemerintah China secara keseluruhan berpotensi mencecah hampir 100 peratus daripada GDP, manakala perkembangan di Jepun boleh menjadi petunjuk awal kepada risiko yang lebih besar.
“Jepun mungkin bertindak sebagai ‘kanari dalam lombong arang batu’,” katanya, sambil menekankan kenaikan kadar faedah jangka panjang seiring dengan kembalinya inflasi dan rangsangan fiskal.
Encik Moëc turut memberi amaran bahawa keperluan pembiayaan yang semakin meningkat dalam sektor awam dan swasta boleh menambah tekanan kewangan, memandangkan syarikat-syarikat semakin bergantung kepada hutang untuk menampung pelaburan berskala besar, khususnya dalam sektor teknologi.
Dalam pasaran buruh pula, Ketua Ahli Ekonomi dan Pegawai Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) ADP, Nela Richardson berkata daya tahan ekonomi Amerika Syarikat di peringkat makro menutup kelemahan struktur yang lebih mendalam.
“Jika saya perlu menggambarkan pasaran buruh Amerika Syarikat dalam tiga perkataan, saya akan menyebutnya sebagai tertumpu dan tidak menentu,” ujar Cik Richardson.
Beliau menjelaskan, pertumbuhan pengambilan pekerja banyak dipacu oleh sektor penjagaan kesihatan serta riadah dan hospitaliti, manakala sektor pengilangan dan perkhidmatan profesional menunjukkan tanda‑tanda kelembapan, yang memberi kesan besar kepada perniagaan kecil.
“Ini bersifat struktur, bukan kitaran. Perubahan ini adalah jangka panjang, dan tiada penyelesaian mudah atau pantas dalam jangka masa terdekat,” jelasnya lagi.

Sumber : Agensi berita/AW/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.