Ebay berhentikan 500 kakitangan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: iStock
AMERIKA SYARIKAT: Firma e-dagang eBay Inc menyatakan pada Selasa (7 Feb) bahawa ia akan memberhentikan 500 kakitangannya di merata dunia.
Jumlah itu mewakili empat peratus daripada keseluruhan tenaga kerjanya.
Saham San Jose, syarikat yang berpangkalan di California itu naik sekitar satu peratus dalam perdagangan selepas pasaran, lapor Reuters.
"Peralihan ini memberikan kami ruang tambahan untuk melabur dan mewujudkan peranan-peranan baru dalam bidang-bidang berpotensi tinggi - teknologi, pelanggan, inovasi dan pasaran utama baru," kata Ketua Pegawai Eksekutif Ebay, Jamie Iannone kepada kakitangannya.
Beberapa syarikat Amerika Syarikat dari Goldman Sachs Group Inc hingga ke Alphabet Inc sudah mengambil langkah memberhentikan ribuan pekerja tahun ini untuk mengharungi kemelesetan yang disebabkan inflasi dan kadar faedah yang tinggi.

Sumber : Reuters/NK/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.