Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Dyson tamatkan hubungan dengan pembekal M'sia, cetus kebimbangan layanan pekerja hijrahan

Syarikat pembekal terbesar alat ganti Dyson iaitu ATA IMS terletak di kawasan perusahaan di seberang tambak, tidak jauh dari ibu pejabat baru Dyson di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Dyson tamatkan hubungan dengan pembekal M'sia, cetus kebimbangan layanan pekerja hijrahan

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 05 Dec 2021 05:54PM Dikemas Kini : 05 Dec 2021 05:57PM

JOHOR BAHRU: Syarikat pembekal terbesar alat ganti Dyson iaitu ATA IMS terletak di kawasan perusahaan di seberang tambak, tidak jauh dari ibu pejabat baru Dyson di Singapura.

Akaun Dyson membentuk hampir 80 peratus hasil pendapatan syarikat tersebut.

Menurut 10 kakitangan dan bekas pekerja ATA serta seorang bekas eksekutif syarikat pertumbuhan itu diperolehi hasil tulang kerat tenaga kerjanya, sebahagian besar adalah pekerja hijrahan yang terpaksa bekerja sehingga 15 jam sehari dan sering disuruh bekerja pada hari rehat mereka demi memenuhi permintaan. Selain itu, mereka juga diajar untuk menyembunyikan keadaan kerja dan kehidupan yang sebenar dari penyiasat buruh dan Dyson.

Bangunan kilang ATA IMS di Johor Bahru. (Gambar: Reuters)

Dalam beberapa temu bual yang diadakan sepanjang dua bulan lalu, kumpulan pekerja itu juga berkata ATA, yang menurut penganalisis adalah pengeluar kontrak global terbesar bagi Dyson, menggajikan beribu-ribu rakyat asing tanpa permit kerja.

Selepas disoal Reuters pada 18 November, Dyson pada bulan lalu menyatakan bahawa ia akan menamatkan hubungan perniagaannya dengan ATA dalam tempoh enam bulan akan datang, menukil audit bebas yang dijalankan baru-baru ini terhadap keadaan pekerja dan dakwaan seorang pemberi maklumat yang tidak dikenali.

ATA menyatakan dalam satu kenyataan bahawa ia diaudit oleh Perikatan Perniagaan Bertanggungjawab (RBA), sebuah badan yang digajikan oleh firma-firma elektronik untuk menjalankan pemeriksaan audit di kilang. RBA menggajikan juruaudit pihak ketiga untuk menjalankan pemeriksaan. Ia enggan memberi komen.

Berikutan pengumuman itu, enam pekerja dan pemilik kedai yang ditemu bual di kawasan perindustrian Johor Bahru berkata mereka bimbang akan hilang sumber mata pencarian.

ATA secara rasmi menggajikan sekitar 8,000 pekerja meskipun empat pekerja dan bekas eksekutif ATA itu menganggarkan jumlah tenaga kerja syarikat itu mungkin mencecah 17,000 orang termasuk mereka yang tidak mempunyai permit kerja.

Kebanyakannya adalah rakyat Bangladesh dan Nepal, menurut pekerja dan eksekutif ATA yang ditemu bual itu.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan