Skip to main content

Kewangan

Draf rangka kerja kongsi beban kerugian akibat penipuan tertunda: MAS

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Jul 2022 05:17PM Dikemas Kini : 18 Jul 2022 11:13PM
SINGAPURA: Bank pusat Singapura menyatakan draf rangka kerja tentang bagaimana bank dan pengguna boleh berkongsi beban kerugian akibat penipuan, sudah tertunda.

Menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS), draf itu mengambil masa lebih lama daripada yang dijangkakan akibat "kerumitan isu-isu".

Pada mulanya, MAS merancang untuk menyiapkan rangka kerja itu tiga bulan selepas ia diumumkan pada Februari lalu.

Tujuannya untuk memastikan pembahagian kerugian dan pendekatan kebertanggungjawapan akan menggalakkan semua pihak untuk kekal berwaspada terhadap penipuan.

MAS sedang berusaha untuk menerbitkan hasil rundingan itu secepat mungkin.

Rangka kerja itu diusulkan selepas bank OCBC membayar ganti rugi jutaan dolar kepada pelanggannya yang kehilangan wang akibat penipuan memancing data.
Sumber : CNA/ZM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita