Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

DPM Tharman, Heng Swee Keat, S Iswaran hadiri Forum Ekonomi Dunia

Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam, Menteri Kewangan Heng Swee Keat dan Menteri Penerangan dan Perhubungan S Iswaran akan menghadiri mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia ke-49 di Davos-Kloster di Switzerland.

Anggaran Waktu Membaca:
DPM Tharman, Heng Swee Keat, S Iswaran hadiri Forum Ekonomi Dunia

(Gambar fail: Arnd Wiegmann/Reuters)

Diterbitkan : 21 Jan 2019 08:58PM Dikemas Kini : 21 Jan 2019 09:00PM

SWITZERLAND: Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam, Menteri Kewangan Heng Swee Keat dan Menteri Penerangan dan Perhubungan S Iswaran akan menghadiri mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia ke-49 di Davos-Kloster di Switzerland.

Mereka akan menghadiri mesyuarat bertemakan Globalisasi 4.0, dari Selasa (22 Jan) hingga Jumaat.

Encik Tharman, Encik Heng dan Encik Iswaran, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, akan mengambil bahagian dan berucap di pelbagai sesi mengenai isu-isu termasuk perdagangan global, tadbir urus kewangan, pembangunan prasarana, ekonomi digital dan kecerdasan buatan, menurut Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan medianya.

Encik Heng akan berucap dalam sesi yang membincangkan tentang Insiatif Jaluran Ekonomi Laluan Sutera China pada Selasa (22 Jan), serta satu lagi perbincangan mengenai ramalan geopolitik global pada Rabu (23 Jan).

Beliau juga akan menyertai satu panel berasingan bagi membincangkan isu globalisasi yang dihoskan oleh Universiti Nasional Singapura dan Universiti Teknologi Nanyang, di mana sekitar 200 wakil WEF dijangka hadir.

Tiga menteri Singapura itu akan diiringi para pegawai dari PMO, Kementerian Kewangan dan Kementerian Penerangan dan Perhubungan.

Ini merupakan kali kedua ketiga-tiga menteri itu mewakili Singapura dan menghadiri WEF.

Pada 2008, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Encik George Yeo yang ketika itu Menteri Ehwal Luar, dan Encik Lim Hng Kiang yang ketika itu Menteri Perdagangan dan Perusahaan, menghadiri mesyuarat tahunan itu.

PM Lee, selaku pengerusi ASEAN, menghadiri sesi pleno Peringkat Tinggi ASEAN, yang turut menampilkan satu dialog antara para pemimpin perkumpulan serantau itu dengan para peserta WEF.

Tahun ini, beberapa krisis yang berlaku menyebabkan sesetengah pemimpin dunia tidak dapat menghadiri mesyuarat tersebut, termasuk Presiden Amerka Syarikat Donald Trump, Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Presiden China Xi Jinping.

Rumah Putih mengesahkan bahawa Presiden Trump membatalkan lawatannya ke Davos atas penutupan pemerintah Amerika Syarikat, sementara Presiden Macron berkata jadualnya padat ekoran bantahan "Jaket Kuning".

Perdana Menteri Britain Theresa May juga tidak akan menghadiri mesyuarat itu kerana beliau masih mencari jalan keluar berhubung isu Brexit.

Para pemimpin yang bakal hadir termasuk Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, Cancelor Jerman Angela Merkel serta Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan