Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

DPM Teo garis 3 prinsip ASEAN, China, boleh tangani cabaran sejagat

Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean berkata tiada pemenang dalam konflik dagangan dan sebarang keuntungan daripada peralihan dagangan atau pengeluaran perusahaan kerana konflik-konflik sedemikian, hanyalah untuk jangka masa pendek saja.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Aug 2018 04:02PM Dikemas Kini : 27 Aug 2018 10:26PM

SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean berkata, tiada pemenang dalam konflik dagangan dan sebarang keuntungan daripada peralihan dagangan atau pengeluaran perusahaan kerana konflik-konflik sedemikian hanyalah untuk jangka masa pendek saja.

DPM Teo berkata demikian di Forum Global FutureChina dan Forum Perniagaan Serantau Singapura pada Isnin (27 Ogos).

Merujuk kepada ketegangan dagangan yang semakin meningkat antara Amerika Syarikat dengan China, DPM Teo berkata jika konflik dagangan mencetuskan ketegangan-ketegangan lain, kesannya adalah lebih besar.

Beliau menggariskan tiga prinsip utama bagi menangani cabaran-cabaran sejagat itu.

Pertama, negara-negara mesti terus komited kepada sistem berbilang pihak yang saling berkait, termasuk perjanjian-perjanjian antarabangsa seperti Konvensyen PBB mengenai Undang-Undang Laut.

Kedua, negara-negara perlu terus mengukuhkan amalan dagangan terbuka dan bebas. Misalnya, ASEAN dan China sedang bekerjasama dalam beberapa perjanjian dagangan, termasuk Kerjasama Ekonomi Serantau Menyeluruh.

Ketiga, negara-negara mesti tetap mematuhi undang-undang antarabangsa kerana ia akan membawa kita keluar daripada era, di mana sesebuah negara memaksa kehendaknya secara sepihak ke atas pihak lain.

Dalam hal itu, DPM Teo menarik perhatian kepada ikrar ASEAN dan China untuk mematuhi undang-undang antarabangsa dan menegakkan rangka kerja yang berdasarkan peraturan. 

Sumber : CNA/AA/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan