Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Don Don Donki buka cawangan bertema di Jewel Lapangan Terbang Changi awal 2023

Anggaran Waktu Membaca:
Don Don Donki buka cawangan bertema di Jewel Lapangan Terbang Changi awal 2023

(Gambar: Don Don Donki)

Diterbitkan : 12 Jan 2022 01:13PM Dikemas Kini : 12 Jan 2022 03:33PM

SINGAPURA: Jenama gaya hidup Jepun, Don Don Donki, dan Pembangunan Lapangan Terbang Changi Jewel mengumumkan pada Selasa (11 Jan) rancangan untuk membuka cawangan baru di Jewel pada suku pertama 2023.

Terletak di besmen satu, cawangan bertema penerbangan dan pelancongan itu  seluas 18,000 kaki persegi.

Ia akan menampilkan pelbagai pilihan produk segar dari Jepun, makanan siap dimakan, kosmetik, barangan rumah dan banyak lagi.

Satu sudut khas pula mempamerkan tawaran terbaru dari negara itu serta dapur berkonsep terbuka.

Kerja ubah suai akan bermula bulan ini, dengan bahagian besmen yang terjejas kini ditutup kepada orang ramai.

Presiden Pengurusan Peruncitan Pan Pacific Singapura Satoshi Machida berkata: “Ketika kami memasuki tahun kelima beroperasi di Singapura, kami berharap dapat membawa pengalaman baru untuk pelanggan Singapura dengan kedai di Jewel... Kami amat teruja untuk menyediakan kedai pertama bertemakan penerbangan di Singapura.”

Don Don Donki membuka kedainya yang  pertama di Singapura pada 2017. Dalam temu ramah dengan Mediacorp pada September 2021, seorang jurucakap syarikat berkata terdapat rancangan untuk membuka lebih banyak kedai di Singapura.

Sumber : CNA/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan