Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Dolar SG dijangka melemah dengan pelonggaran lanjut MAS, namun bukan mendadak

Anggaran Waktu Membaca:
Dolar SG dijangka melemah dengan pelonggaran lanjut MAS, namun bukan mendadak

(Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mungkin akan melonggarkan lagi dasar kewangan negara.

Ini sedang ekonomi Singapura masih dalam keadaan tidak menentu, menurut para ahli ekonomi.

Dolar Singapura dijangka melemah sedikit disebabkan oleh langkah MAS itu, tambahnya.

MAS menyatakan pada Jumaat (24 Jan) bahawa ia akan "melonggarkan sedikit" dasar kewangan negara, sekali gus menandakan langkah pelonggaran dasar pertamanya sejak Mac 2020.

Ini berlaku sedang bank pusat itu menjangkakan ia akan berupaya mengawal inflasi dan pertumbuhan lebih perlahan di Singapura pada 2025.

Ia menurunkan unjuran bagi inflasi teras tahun ini kepada julat antara 1 hingga 2 peratus berbanding anggaran sebelum ini iaitu antara 1.5 hingga 2.5 peratus.

Pertumbuhan dijangka meningkat pada "rentak lebih perlahan" antara 1 hingga 3 peratus pada 2025, turun daripada 4 peratus pada tahun sebelumnya.

MENGAPA SEKARANG?

Para ahli ekonomi berkata perubahan pada ketetapan dasar bertujuan untuk memberi ekonomi negara "kelebihan" sebelum keadaan yang mungkin akan menjejas pertumbuhan pada masa akan datang.

Ini termasuk ketidaktentuan mengenai rentak dan kesan dasar makroekonomi global dan ketahanan pertumbuhan dalam kitaran elektronik global di tengah-tengah konflik geopilitik, kata ahli ekonomi Mizuho Bank Tan Boon Heng.

Kemudian, timbul risiko tentang pergeseran perdagangan yang meningkat selepas Donald Trump kembali ke Rumah Putih sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Semasa berkempen, Encik Trump berkata beliau akan mengenakan cukai tambahan ke atas sekutu Amerika termasuk Kesatuan Eropah (EU) serta China.

Selepas majlis angkat sumpahnya, Encik Trump meningkatkan kemungkinan mengenakan tarif 25 peratus ke atas Kanada dan Mexico.

APA BAKAL BERLAKU?

Para ahli ekonomi biasanya menjangkakan MAS akan melonggarkan lagi dasar kewangan tahun ini tetapi bercampur-campur berhubung masa langkah seterusnya akan dilaksanakan.

Shivaan Tandon dari Capital Economics berkata MAS boleh melonggarkannya lagi semasa mesyuarat dasar akan datang pada bulan April, sambil melihat kepada bagaimana ekonomi sudah menjadi lebih perlahan dengan mendadak pada suku terakhir 2024.

Pertumbuhan dari suku ke suku berdasarkan penyesuaian musiman mencatat 0.1 peratus, jauh lebih perlahan berbanding 3.2 peratus yang dilaporkan pada suku ketiga.

Meskipun beliau tidak menolak kemungkinan satu lagi penyelarasan bagi dasar kewangan negara, Ketua Penyelidikan dan Strategi OCBC Selena Ling berpendapat bahawa MAS boleh mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat'.

BAGAIMANA PULA BAGI DOLAR SINGAPURA?

Dengan mengurangkan sedikit cerun dasar kewangan, MAS kini sedang mengukuhkan dolar Singapura dengan lebih perlahan.

Mata wang yang lebih lemah, selaras dengan pelonggaran dasar, boleh membantu meningkatkan eksport meskipun ia menjadikan eksport lebih mahal dari segi dolar Singapura.

Mata wang tempatan kelihatan tidak terjejas. Ia kali terakhir dilihat didagangkan pada 1.346 berbanding sedolar Amerika pada tengah hari Jumaat, pulih daripada penurunan pada 1.355 selepas semakan dasar.

Pasaran yang "dikaji dengan teliti" itu mencadangkan langkah pelonggaran dasar MAS adalah sesuatu yang dijangkakan, kata Cik Ling.

Dolar Singapura mencecah 1.278 berbanding dolar Amerika - paras tertinggi dalam masa sedekad - hanya empat bulan lalu, namun sudah melemah secara beransur-ansur sejak itu.

Ia dijangka kekal pada trajektori yang sama di tengah-tengah jangkaan untuk pelonggaran MAS selanjutnya tetapi “selagi jalur dasar tidak kembali ke paras neutral, dolar Singapura masih boleh mengekalkan beberapa tahap daya tahan relatif terhadap rakan-rakan perdagangannya," tambah Cik Ling.

Encik Ng pula menjangkakan dolar Singapura akan melemah kepada paras 1.38 pada suku pertama disebabkan oleh dolar Amerika yang lebih kukuh sedang Rizab Persekutuan Amerika menghentikan buat sementara pemotongan kadar faedah.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan