Dolar S'pura jatuh ke paras terendah dalam tempoh 6 bulan berbanding ringgit
Nilai mata wang dolar Singapura jatuh ke paras terendah dalam tempoh enam bulan berbanding ringgit Malaysia hari ini (14 Feb), sedang mata wang Malaysia terus mengukuh di tengah-tengah pengumuman tentang pertumbuhan ekonominya pada suku keempat.
(Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Nilai mata wang dolar Singapura jatuh ke paras terendah dalam tempoh enam bulan berbanding ringgit Malaysia hari ini (14 Feb), sedang mata wang Malaysia terus mengukuh di tengah-tengah pengumuman tentang pertumbuhan ekonominya pada suku keempat.
Dolar Singapura mencecah paras paling rendah hari ini iaitu RM2.9912, sebelum naik kembali kepada RM2.9966, menurut data Bloomberg.
Ini merupakan paras terendah sejak nilai dolar Singapura mencecah RM2.9901 pada 21 Ogos tahun lalu.
Mata wang Singapura jatuh bawah RM3.00 pada 8 Feb, iaitu buat pertama kali sejak Okt 2018.
Ringgit Malaysia naik lebih tinggi hari ini selepas negara itu mencatat pertumbuhan ekonomi pada suku keempat - mencapai sasarannya - selepas mengalami pertumbuhan ekonomi yang lembap selama empat suku berturut-turut. Eksport Malaysia dipercayai memacu ekonomi negara walaupun perang dagang antara Amerika dengan China sedang berlangsung.
Ekonomi ketiga terbesar Asia Tenggara itu dikatakan berkembang 4.7 peratus pada suku keempat berbanding yang tempoh sama pada tahun sebelumnya. Ini 0.3 peratusan mata lebih tinggi berbanding suku sebelumnya.
Sebelum perangkaan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Malaysia diumumkan, seorang pedagang kewangan mengatakan bahawa kemajuan itu memberi isyarat tentang kestabilan ekonomi negara dan masa hadapannya.
Kebanyakan mata wang Asia menyusut berbanding dolar Amerika hari ini, sedang para pelabur memantau rundingan terkini antara Amerika Syarikat dengan China bagi sebarang tanda perang dagang semakin reda.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.