Disney rancang potong 1,000 pekerjaan: Wall Street Journal
Anggaran Waktu Membaca:
Pintu masuk ke Disney Studios di Burbank, California pada 25 Julai 2023. (Gambar: REUTERS/Mike Blake)
CALIFORNIA: Walt Disney merancang untuk memotong sebanyak 1,000 jawatan dan peranan dalam masa beberapa minggu akan datang, yang kebanyakannya akan dibuat terhadap jabatan pemasaran syarikat berkenaan, lapor Wall Street Journal pada Rabu (8 Apr), memetik sumber yang mempunyai maklumat tentang perkara tersebut.
The Journal melaporkan bahawa rancangan untuk memotong pekerjaan, bermula sebelum Josh D'Amaro mengambil alih peranan baharunya sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Disney pada Mac lalu.
Pemberhentian pekerja yang dirancang itu boleh menjejaskan kurang 1 peratus daripada jumlah pekerjanya. Disney menggajikan kira-kira 231,000 pekerja pada akhir Tahun Kewangan 2025.
Ketua Pegawai Pemasaran Disney yang baru dilantik, Asad Ayaz, juga merancang untuk menyatukan kumpulan pemasaran syarikat dan mengurangkan perbelanjaan di bawah nama Project Imagine, tambah laporan itu. Encik Ayaz mula menyelia unit pemasaran seluruh syarikat yang baru diwujudkan pada Januari lalu.
Reuters tidak dapat mengesahkan laporan itu dengan segera.
Disney tidak segera memberi respons kepada permintaan Reuters untuk mendapatkan komen di luar waktu kerja.

Sumber : AFP/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.