Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Disney potong bonus eksekutif kanan akibat kesan pandemik

Syarikat Walt Disney Co menyatakan ia memotong bonus berdasarkan prestasi bagi para eksekutif kanannya tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Disney potong bonus eksekutif kanan akibat kesan pandemik

Gambar fail. (Gambar: REUTERS/Brendan McDermid)

Diterbitkan : 20 Jan 2021 02:33PM Dikemas Kini : 20 Jan 2021 02:35PM

REUTERS: Syarikat Walt Disney Co menyatakan ia memotong bonus berdasarkan prestasi bagi para eksekutif kanannya tahun lalu.

Ini termasuk bonus Pengerusi Eksekutifnya Bob Iger, sedang syarikat media itu berusaha mengurangkan kesan COVID-19.

Pandemik COVID-19 menjejas terus taman-taman tema syarikat itu dan perniagaan studio filemnya manakala orang ramai yang berlindung di rumah di tengah-tengah sekatan yang diperketat meningkatkan jumlah pendaftaran bagi khidmat penstriman yang ditawarkan syarikat itu.

Encik Iger menerima pampasan sebanyak AS$21 juta (S$28 juta) bagi tahun kewangan 2020, jauh lebih rendah berbanding AS$47.5 juta (S$63 juta) yang diterimanya pada tahun sebelum itu, menurut Disney.

Pakej pampasan Ketua Pegawai Eksekutif Bob Chapek, yang menyandang jawatan tersebut Februari lalu pula sebanyak AS$14.2 juta (S$19 juta).

Tahun lalu Disney menyatakan Encik Iger tidak akan menerima gaji manakala gaji Encik Chapek dipotong 50 peratus di tengah-tengah krisis pandemik.  

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan