Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina lancarkan 3 inisiatif bertepatan Tahun Baru Cina
Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI) mengadakan acara sambutan Tahun Baru Cina hari ini (16 Feb) dengan melancarkan satu rangkaian bagi menghimpunkan para penerima biasiswanya yang lalu.
SINGAPURA: Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI) mengadakan acara sambutan Tahun Baru Cina hari ini (16 Feb) dengan melancarkan satu rangkaian bagi menghimpunkan para penerima biasiswanya yang lalu.
Melalui inisiatif itu, mereka dapat terus menjalin perhubungan antara satu sama lain di samping berkongsi pengalaman dengan generasi lebih muda.
Selain itu dua program baru dilancarkan.
Satu daripadanya merupakan siri dialog melibatkan tokoh-tokoh perniagaan serta pakar industri.
Mereka akan berkongsi wawasan serta perkembangan di China.
Satu lagi program bertujuan memberi peluang kepada sehingga 500 warga tempatan untuk menjalani latihan amali di syarikat-syarikat di China.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.