Defisit perdagangan dengan Amerika bantu letak SG di kedudukan selamat
Anggaran Waktu Membaca:

Kontena di terminal pelabuhan Pulau Brani Singapura pada 3 Jul 2024. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Defisit perdagangan Singapura dengan Amerika Syarikat mungkin membantu negara ini mengelak daripada menjadi sasaran dikenakan tarif.
Namun, Singapura masih berdepan risiko ketegangan perdagangan, menurut para pakar ekonomi pada Jumaat (14 Feb).
Komen mereka itu dibuat selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menandatangani memo mengenai "tarif timbal balas" yang akan memberi kesan besar kepada rakan dan pesaing perdagangan negara itu. Kata Presiden Trump: "Apa sahaja jumlah yang dikenakan negara-negara kepada Amerika Syarikat, kami akan kenakan yang sama kepada mereka."
Sebagai ekonomi kecil yang bergantung kepada perdagangan, dasar "perlindungan perdagangan Amerika Syarikat" itu boleh secara tidak langsung menjejas Singapura, kata Encik Barnabas Gan, pemangku ketua kumpulan ahli ekonomi dan ketua kajian pasaran di Bank RHB.
Singapura besar kemungkinan "hanya terjejas sedikit sahaja" kerana ia boleh mengambil kesempatan ke atas perjanjian perdagangan bebas dengan Amerika Syarikat.
Singapura juga satu-satunya ekonomi dalam Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) yang ada defisit perdagangan dengan Amerika Syarikat, tambah beliau.
Ini juga faktor yang dipetik oleh pakar ekonomi HSBC ASEAN Yun Liu.
Sementara Singapura mungkin tidak akan secara langsung menjadi sasaran, beliau berkata nampaknya tahun 2025 akan menyaksikan cabaran-cabaran dan keadaan tidak menentu.
"Pergolakan perdagangan berkemungkinan membayangi prospek pertumbuhannya," tambah beliau.
Semasa taklimat pada Jumaat pagi mengenai Tinjauan Ekonomi Singapura, Cik Yong Yik Wei, ketua pakar ekonomi di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), juga ditanya mengenai tarif timbal balas yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Menurut beliau penilaian awal tidak harus dibuat mengenai kesannya memandangkan perinciannya masih belum dinyatakan.
"Buat masa ini rasanya mungkin akan ada sedikit kesan negatif ke atas ekonomi Singapura disebabkan beberapa langkah tarif yang sudahpun dilaksanakan atau sedang dirancang," ujar beliau.
Cik Yong menambah MTI sedang memantau rapi keadaan dan akan meneliti butirannya sebelum membuat penilaian mengenai kesannya ke atas ekonomi.
KITAR TINGGI TEKNOLOGI BAKAL SOKONG PERTUMBUHAN
Encik Gan dari RHB berkata bank itu mengekalkan unjuran optimistik jangka pertengahan bagi sektor pengilangan dan perkhidmatan Singapura pada 2025.
Pandangan ini disokong oleh landskap kukuh ekonomi antarabangsa dan tempatan serta pelonggaran dasar kewangan di merata dunia, kata beliau.
Penggunaan semula teknologi yang berterusan di peringkat global merupakan trend utama yang harus diperhatikan, ujar beliau, dan ia mungkin tidak terjejas oleh ketidaktentuan dasar yang mengutamakan Amerika Syarikat.
Pertumbuhan ekonomi Singapura pada 2024 dipacu sebahagiannya oleh kelompok elektronik dalam sektor pengilangan, yang menurut MTI berkembang pesat disebabkan peningkatan dalam penggunaan semula elektronik di peringkat global.
Eksport domestik bukan minyak (NODX), iaitu kunci penanda eksport, tumbuh 0.2 peratus tahun lalu, selepas menguncup 13.1 peratus pada 2023, menurut Enterprise Singapore pada Jumaat. Pertumbuhan itu disebabkan oleh penghantaran lebih banyak produk elektronik.
Menurut Encik Gan, sektor pengilangan dijangka terus merangsang ekonomi Singapura, disokong oleh permintaan tinggi bagi barangan seperti elektronik.
RHB berpandangan positif terhadap elektronik, kejuruteraan jitu dan kejuruteraan pengangkutan, yang berkait rapat dengan perdagangan global dan akan meraih manfaat daripada permintaan meningkat bagi elektronik, peralatan elektronik dan lebih banyak kegiatan perdagangan.
"Sebagai pemain utama dalam rantaian bekalan semikonduktor global, Singapura berada dalam kedudukan terbaik untuk meraih manfaat daripada kitaran semula teknologi global yang menguntungkan," kata beliau.
RHB melihat NODX tumbuh 2 peratus pada 2025, iaitu dalam lingkungan unjuran pemerintah antara 1 peratus dengan 3 peratus.
Bank itu menjangkakan pertumbuhan ekonomi 3 peratus bagi Singapura tahun ini, paras tertinggi dalam julat ramalan MTI antara 1 peratus hingga 3 peratus.
Cik Liu berkata HSBC menjangkakan lebih banyak sokongan dasar untuk mengurangkan kesan prestasi hambar oleh perkhidmatan berorientasikan domestik serta kos sara hidup yang tinggi.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.