Defisit dagangan Jepun dilaporkan sebanyak AS$6.6 bilion
Defisit dagangan Jepun meningkat bulan lalu ekoran kenaikan harga minyak import dan kemerosotan dalam eksport berkaitan telefon bijak ke Asia.
JEPUN: Defisit dagangan Jepun meningkat bulan lalu ekoran kenaikan harga minyak import dan kemerosotan dalam eksport berkaitan telefon bijak ke Asia.
Ekonomi dunia ketiga terbesar itu melaporkan defisit sebanyak AS$6.6 bilion (S$9 bilion).
Ini merupakan dua bulan berturut-turut Jepun mengalami kemerosotan selepas defisit AS$4 bilion (S$5.5 bilion) pada Oktober lalu.
Import naik 12.5 peratus dari setahun lalu kepada $68 bilion. Sementara itu, eksport hanya naik 0.1 peratus kepada $62 bilion.
Defisit Jepun dengan rakan kongsi perdagangan terbesar China naik sehingga $4.5 bilion.
Defisit Jepun meningkat kepada AS$5.55 bilion (S$7.6 bilion) di tengah-tengah jumlah import kereta Jerman dan perubatan dari Ireland yang kian meningkat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.