Skip to main content

Kewangan

Decathlon buka cawangan ke-11 di Johor

Syarikat pakaian dan peralatan sukan, Decathlon Malaysia akan membuka cawangan pertamanya di luar Lembah Kelang dengan pembukaan kedai ke-11 di Johor pada Sabtu (14 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Decathlon buka cawangan ke-11 di Johor

Gambar fail.

Diterbitkan : 12 Jan 2023 02:34PM

JOHOR BAHRU: Syarikat pakaian dan peralatan sukan, Decathlon Malaysia akan membuka cawangan pertamanya di luar Lembah Kelang dengan pembukaan kedai ke-11 di Johor pada Sabtu (14 Jan).

Ketua peruncitan Decathlon Malaysia Karim Cheboub berkata kedai baru di Toppen Shopping Centre dilengkapi dengan gelanggang futsal luar bersaiz penuh sebagai kawasan latihan sukan berbumbung dan mempunyai lebih 5,000 produk eksklusif meliputi lebih 60 sukan.

Beliau berkata kedai baru itu juga mempunyai peralatan perkhemahan dan pendakian gunung yang banyak serta menyediakan ‘Decastudio’ (tempat melakukan aktiviti sukan) yang tersedia di kedai dan kafe makanan sihat Fuel Good by Agrain.

“Dalam usaha untuk memenuhi visi ini, kedai gaya hidup terbesar kami di Johor Bahru ini adalah kedai pertama di Malaysia yang menawarkan pengalaman 360 darjah bermaksud jualan pakaian dan peralatan sukan, tempat bersukan dan makan disediakan, semuanya di bawah satu bumbung.

“Pelancaran kedai pertama di luar Lembah Klang ini juga merupakan langkah pertama kami untuk membuka lebih banyak kedai yang dirancang tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini (12 Jan).

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita