DBS unjur laba 2026 lebih lemah selepas pendapatan Q3 merosot
DBS Group, pemiutang terbesar Singapura, pada Khamis (6 Nov) menyatakan pihaknya menjangkakan keuntungan (laba) bersih bagi 2026 akan merosot sedikit berbanding tahun ini selepas mencatatkan penurunan sebanyak dua peratus pada pendapatan suku ketiga, meskipun perangkaan tersebut menjangkaui jangkaan pasaran.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: DBS Group, pemiutang terbesar Singapura, pada Khamis (6 Nov) menyatakan pihaknya menjangkakan keuntungan (laba) bersih bagi 2026 akan merosot sedikit berbanding tahun ini selepas mencatatkan penurunan sebanyak dua peratus pada pendapatan suku ketiga, meskipun perangkaan tersebut menjangkaui jangkaan pasaran.
"Menjelang tahun hadapan, kami akan terus mengharungi tekanan penurunan kadar faedah dengan pengurusan kunci kira-kira (balance sheet) yang berhemat dan keupayaan kami untuk merebut peluang struktur merentasi pengurusan kekayaan dan perbankan institusi," kata ketua pegawai eksekutif Tan Su Shan dalam satu kenyataan.
Beliau menambah bahawa jumlah pendapatan mencapai paras tertinggi baharu apabila bank itu mengekalkan momentum kukuh dalam pertumbuhan pengurusan kekayaan dan deposit, sambil mengurangkan tekanan kadar luaran dengan melindungi nilai kunci kira-kira secara proaktif.
Menurut slaid yang disertakan bersama laporan itu, jumlah pendapatan pada 2026 dijangka berada pada tahap yang sama seperti 2025 walaupun berdepan tekanan kadar faedah, dengan pendapatan faedah bersih kumpulan dijangka rendah sedikit berbanding tahun ini.
Pendapatan bukan faedah daripada portfolio komersial dijangka meningkat pada kadar satu angka yang tinggi, manakala pendapatan pengurusan kekayaan dijangka naik pada kadar belasan peratus, menurut slaid tersebut.
DBS memulakan musim laporan pendapatan bagi bank-bank Singapura, menyusuli laporan bercampur-campur yang dikeluarkan oleh rakan-rakan global pada minggu lalu.
HSBC melaporkan penurunan 14 peratus pada keuntungannya sebelum cukai bagi suku ketiga selepas caj litigasi sebanyak AS$1.4 bilion (S$1.83 bilion) yang dikaitkan dengan penipuan Bernard Madoff, manakala Standard Chartered menjangkaui jangkaan dengan peningkatan keuntungan sebanyak tiga peratus, disokong oleh rekod pendapatan kekayaan dan aktiviti pasaran yang kukuh.
DBS, yang juga bank terbesar di Asia Tenggara dari segi aset, menyatakan keuntungan bersih bagi tempoh Julai hingga September jatuh kepada S$2.95 bilion daripada S$3.03 bilion setahun lalu, terutamanya disebabkan oleh penurunan pendapatan faedah bersih portfolio komersial berikutan kadar faedah yang lebih rendah.
Namun perangkaan itu menjangkaui anggaran purata hampir S$2.72 bilion daripada dua orang penganalisis, menurut data LSEG.
Lembaga Pengarah DBS mengisytiharkan dividen keseluruhan sebanyak 75 sen Singapura setiap saham bagi suku ketiga, terdiri daripada dividen biasa sebanyak 60 sen dan dividen pulangan modal sebanyak 15 sen, berbanding 54 sen setahun lalu.
Margin faedah bersih DBS, petunjuk utama keuntungan bank, menurun kepada 1.96 peratus sepanjang suku tersebut berbanding 2.11 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.