DBS raih untung S$2.24 bilion pada suku ke-3, lonjak 32%
Bangunan DBS Bank building di Singapura. (Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Keuntungan yang diraih bank DBS Group - pemberi pinjaman terbesar Asia Tenggara - melonjak pada suku ketiga, dirangsang oleh kenaikan dalam pendapatan pinjaman, lapornya pada Khamis (3 Nov).
Keuntungan bersih melonjak 32 peratus pada suku ketiga kepada jumlah rekod S$2.24 bilion, mengatasi jangkaan pasaran.
Saham DBS, bagaimanapun, susut 1.6 peratus dalam sesi dagangan awal pada Khamis sedang pasaran Singapura yang lebih luas jatuh kira-kira 1 peratus.
Pendapatan faedah bersih melonjak 44 peratus kepada S$3 bilion. Jumlah itu lebih daripada mengimbangi penurunan dalam pendapatan yuran dan komisen.
DBS menyatakan perbezaan faedah bersih pulih ke paras tertinggi sebelum pandemik dan rentak perniagaan dikekalkan pada suku tersebut.
Lembaga pengarah DBS juga mengumumkan pemberian dividen sebanyak S$0.36 untuk suku ketiga.
Dengan itu, ia menyertai pemberi pinjaman lain yang mendapat manfaat daripada kadar faedah global yang lebih tinggi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.