Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Danga Heights, MCC S'pore meterai kerjasama bina projek RM8 bilion di Skudai

Di sebalik kelembapan ekonomi dunia akibat pandemik COVID-19, Johor dilihat masih lagi berupaya untuk menarik pelaburan berskala besar daripada pelabur asing. 

Anggaran Waktu Membaca:
Danga Heights, MCC S'pore meterai kerjasama bina projek RM8 bilion di Skudai

Pemeteraian penjualan tanah secara maya antara anak syarikat Iskandar Waterfront Holdings (IWH) iaitu Danga Heights Development (DHD) dengan MCC Singapore pada 7 Sep 2020. (Gambar: Iskandar Waterfront Holdings)

Diterbitkan : 07 Sep 2020 09:22PM Dikemas Kini : 07 Sep 2020 09:27PM

JOHOR BAHRU: Di sebalik kelembapan ekonomi dunia akibat pandemik COVID-19, Johor dilihat masih lagi berupaya untuk menarik pelaburan berskala besar daripada pelabur asing. 

Ini dapat dibuktikan dengan pemeteraian penjualan tanah secara maya antara anak syarikat Iskandar Waterfront Holdings (IWH) iaitu Danga Heights Development (DHD) dengan MCC Singapore, anak syarikat Global 500 - Metallurgical Corporation of China Ltd, yang berlangsung hari ini (7 Sep).

Melalui pemeteraian yang disaksikan oleh Menteri Besar Johor Ir Hasni Mohammad itu, kedua-dua pihak komited untuk membentuk usaha sama bagi membangunkan 60 hektar tanah komersil di Skudai dalam tempoh 10 tahun kepada sebuah pembangunan bercampur yang mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM8 bilion (S$2.6 bilion).

Menurut Pengarah IWH, Mohd Noorazam Osman, fasa pertama projek akan bermula pada awal tahun depan di kawasan tanah seluas 15.37 hektar, yang memiliki GDV sebanyak RM2.88 bilion (S$946.8 juta).

"Hari ini, kami akan menyaksikan satu peristiwa penting memandangkan ini akan menjadi pelaburan hartanah utama yang pertama di Johor ketika negara dilanda wabak COVID-19. Oleh itu, kami berharap ia dapat menarik lebih ramai pelabur yang berpotensi untuk bekerjasama dengan IWH dan Johor secara keseluruhannya," kata Encik Norazam. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MCC Singapore, Tan Zhiyong, berkata oleh kerana Malaysia mempunyai prospek yang cerah sebagai tempat yang ideal bagi pelaburan dan pembangunan, projek tersebut akan membantu melakarkan pembangunan serta komitmen jangka panjang Kumpulan MCC di negara tersebut.

Dalam pada itu, Hasni dalam sidang media kemudiannya memberitahu bahawa pelaburan tersebut mencerminkan betapa Johor masih merupakan destinasi pilihan pelabur dan ia diharap dapat merancakkan semula pembangunan ekonomi negeri.

“Pelaburan seperti ini diibaratkan seperti ‘a breath of fresh air’ kerana kami telah menghadapi banyak cabaran dan bagi memulih serta merangsang aktiviti ekonomi, kerajaan negeri lebih daripada bersedia untuk bekerjasama dengan pelabur.

“Ini merangkumi infrastruktur jalan sedia ada, sekiranya terdapat keperluan untuk ditambah baik. Begitu kemudahan-kemudahan infrastruktur lain supaya pembangunan dirancang lebih menarik,” katanya.  

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan