AS dan Kanada setuju gugurkan cukai ke atas keluli dan aluminium yang diimport
Amerika Syarikat dan Kanada bersetuju untuk menggugurkan cukai ke atas keluli dan aluminium yang diimport. Ini sekaligus membuka laluan kepada satu perjanjian dagangan.
WASHINGTON: Amerika Syarikat dan Kanada bersetuju untuk menggugurkan cukai ke atas keluli dan aluminium yang diimport. Ini sekaligus membuka laluan kepada satu perjanjian dagangan Amerika Utara yang baru.
Cukai itu sudah melengahkan pelaksanaan perjanjian tersebut.
Namun, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau berkata beliau sedang bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk memuktamadkan perjanjian berkenaan, yang turut melibatkan Mexico.
Menurut seorang pegawai Kementerian Luar Mexico, perjanjian berhubung import keluli antara Amerika Syarikat dengan Kanada akan membuka laluan kepada perjanjian dagangan yang baru itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.