Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

AS dakwa China guna perkakas Huawei intip trafik internet sejagat

Delegasi pemerintah Amerika Syarikat memberitahu negara-negara sekutu bahawa China mungkin menggunakan perkakas syarikat Huawei untuk mengintip trafik internet sejagat.

Anggaran Waktu Membaca:
AS dakwa China guna perkakas Huawei intip trafik internet sejagat

Gambar fail logo Huawei di sebuah pusat beli-belah di Shanghai, China. (Gambar fail: Reuters/Aly Song)

Diterbitkan : 27 Feb 2019 12:45PM Dikemas Kini : 27 Feb 2019 12:50PM

BARCELONA: Delegasi pemerintah Amerika Syarikat memberitahu negara-negara sekutu bahawa China mungkin menggunakan perkakas syarikat Huawei untuk mengintip trafik internet sejagat.

Delegasi itu menyatakan demikian ketika ditugaskan melobi pemerintah-pemerintah negara Eropah di pesta industri mudah alih terbesar di dunia.

Penolong Timbalan Setiausaha Dasar-Dasar Siber dan Perhubungan Antarabangsa serta Maklumat di Jabatan Negara Amerika Syarikat, Rob Strayer, bagaimanapun tidak mendedahkan ancaman keselamatan tertentu oleh Huawei.

Namun, Encik Strayer menolak dakwaan bahawa Washington sedang bertindak balas sebagai sebahagian daripada perang dagang antara Amerika Syarikat dengan China.

Sementara itu, Huawei memandang serius terhadap dakwaan-dakwaan tersebut.

Pengerusi Huawei, Guo Ping, menekankan bahawa teknologi syarikat berkenaan selamat.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan