Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Daerah Digital Punggol tarik kumpulan pertama syarikat global; akan jana lebih 2,000 peluang kerja

Empat syarikat global bakal menubuhkan pangkalannya di Daerah Digital Punggol (PDD) yang akan datang, sekali gus menjadi kumpulan syarikat yang pertama untuk berbuat demikian.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Jul 2021 04:39PM Dikemas Kini : 28 Jul 2021 11:16PM

SINGAPURA: Empat syarikat global bakal menubuhkan pangkalannya di Daerah Digital Punggol (PDD) yang akan datang, sekali gus menjadi kumpulan syarikat yang pertama untuk berbuat demikian.

Bersama beberapa agensi dan persatuan teknologi lain yang juga merancang untuk menubuhkan pangkalannya di PDD, lebih 2,000 pekerjaan teknologi akan diwujudkan.

Majoriti pekerjaan itu adalah dalam bidang rantaian blok, keselamatan siber, robotik dan huraian kehidupan bijak.

Antara yang pertama untuk menubuhkan pangkalannya di PDD adalah syarikat robotik dari Amerika, Boston Dynamics, dan syarikat pengilangan Delta Electronics dari Taiwan.

Daerah Digital Punggol juga akan menempatkan kampus baru Institut Teknologi Singapura (SIT).

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong berkata SIT akan memberikan syarikat-syarikat di PDD, akses kepada bakat dan sebaliknya.

Ekonomi digital, tambah Encik Gan, akan menjadi penting kepada kejayaan ekonomi Singapura.

"Minat kukuh terhadap perniagaan dan pelaburan dalam PDD menjadi bukti kepada reputasi Singapura sebagai sebuah hab inovasi digital di rantau ini.

Sedang PDD semakin berkembang, kami menjangkakan lebih 2,000 pekerjaan berkaitan teknologi akan diwujudkan di PDD, daripada pemburu penipuan, juru analisis data dan jurutera huraian, serta pembangun kecerdasan buatan (AI) dan rantaian blok.

PDD akan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang baik bagi rakyat Singapura, termasuk mereka yang tinggal dan belajar di daerah Punggol," ujarnya. 

Sumber : CNA/AI/sm

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa